Friday 27 May 2011

Kerja sambil berjalan..

Kerja sambil berjalan, bukan lawatan sambil belajar ye! Sebabnya ada 1 penceramah ckp, ayat lawatan sambil belajar tu salah, sebabnya belajar tu jadi sambil2 je, yg utamanya nak melawat. So, saya pun tukar la jadi kerja sambil berjalan, maknanya, kerja utama, berjalan yang kedua..hahaha...

Last month, rasa macam nak sangat gi Penang! Rindu giler nak jalan2 Penang, makan sedap2 kat Penang..Last visit ke Penang was in 2 years back, when Zarra was 7 weeks in my womb. Dah lama sgt tak gi Penang!

Tup2 last 2 weeks dpt arahan bos, kena gi Penang, buat NAZIRAN..Apa tu naziran? Naziran tu ala2 spot check ke Pejabat Penerangan Daerah yang terpilih, setiap bahagian di ibu pejabat akan hantar seorang Pegawai untuk buat semakan mengikut bidang tugas masing2. So saya ni bekerja di Bahagian Penerbitan, kena la check sama ada bahan penerbitan dari ibu pejabat sampai atau tidak di daerah. Check juga sama ada bahan penerbitan di sana tu update atau tidak..gitulah secara kasarnya tugas2 naziran ni..

Yes! Dapat jugak gi Penang!! :) Disebabkan kena pergi sendiri (sama ada drive atau flight), hotel pun duduk sorang2, saya pun ajakla Mama & Zarra teman..Terbayang2 dah benda menarik kat Penang!

Of course la makan sampai lupa diet u olls..:)

Jadinya bertolak la kami 3 generasi ke Penang pada Isnin lepas (23 Mei). Sampai je Penang terus check in di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru. Mula2 mcm tak jumpa, tapi malu bertanya sesat la jalan kan, so buat2 tak malu berhenti & tanya org. Simple, terus sampai Seri Malaysia..Rest jap, lepas Maghrib dengan yakinnya kitorang keluar nak gi makan char kuey teow! Tak sesat ye..Lokasinya di depan pintu masuk USM. Dulu2 zaman selalu gi Penang, selalu makan kat situ, Sani Char Kuey Teow namanya, tapi this time sangat hampa sebab --- gerai tu ada lg, cuma bukan Sani, jadi apa ntah, tapi kitorang makan gak sbb malas nk gi tempat lain dah. Nasib baiklah not bad char kuey teownya...

24 Mei, mula buat naziran di Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut. Lokasinya dekat je dengan jeti feri. Betul2 kat bandar. While mummy working, apa aktiviti Zarra? Ni dia....


Senang hati bye2 Mummy...

Habis kerja, lebih kurang kul 3pm kitorang keluar, hajatnya nak ke Bukit Bendera & makan2 kat Gurney Drive..Yakin je drive tanpa map mahupun GPS ye! Mama tak pernah gi Bukit Bendera, saya pernah pergi sekali tapi nak pergi lagi skali sbb nak naik train baru & bawak Zarra! Tambang 8 hengget!

 Zarra tido la pulak..

 Eh dah bangun! Macam tau2 je dah sampai atas!



 Nice view kan!

 Kat atas tu ada Bird Park, bayar RM5 for adult, Zarra masuk free..



Selesai kat Bukit Bendera, kitorang gi Gurney Drive pulak..sampai jugak walaupun pusing 3 kali kat tempat yang sama..hahahah..Kat situ apa lagi, makan sampai sengkak kata org Utara..:) Nasi goreng udang, sotong kangkong, laksa, & ABC..semua sedap! Lepas tu balik hotel, tido tak ingat punya!!

Ni je gambar yang sempat dicapture, makanan lain dah licin masuk perut!

25 Mei, saya ke Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya pulak..lokasinya lebih kurang 40 minit dari Hotel Seri Malaysia..Selesai kerja, balik hotel & saya buat last minute decision utk tukar hotel! Alasannya esok kena pergi ke Jawi (sebelum jambatan Pulau Pinang), so agak jauh utk rush balik amek Mama & Zarra for check out..Kemas2 dalam keadaan rushing, call reception inform utk check out & call pulak Summit Hotel utk buat reservation. Adventure sungguh!

Sebelum ke seberang, sempat lagi singgah beli jeruk. Wajibla kan gi Penang beli jeruk! Lepas tu buat2 salah jalan, gi kat Queensbay Mall & posing tepi laut tengah2 hari buta konsepnya! :)

Seksi bibir Mama! Zarra lak buat muka comel kena cium! Nampak jambatan kat belakang lagi tu!

Anak lagi besar dari mak!

Berjaya sampai Hotel Summit, Bukit Mertajam tanpa sesat. Paksa Zarra tido, tak nak gak lena. Last2 apa kitorang buat? Apa lagi.....'twim' la bak kata Zarra..Kali ni turut disertai Mummy dia yang tak pandai berenang & setakat berendam kat children pool! Hahahha...


Dia yang takut2kan Mummy dia!

26 Mei, gi naziran kat Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, lbh kurang 30km dari Hotel Summit. Buat kerja cepat2 sebab nak rush check out! Tapi sebelum tu sempat gak posing, bukti gi kerja sambil berjalan..hahahah...


Kesimpulannya, pengalaman adventure 3 generasi di Penang sangat menarik! Takdela sesat sangat, sikit2 je! Hahahaha..Kerja siap, jalan pun dapat!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...