Friday 30 December 2011

Taska searching...

Minggu ni, saya agak 'busy' mencari taska2 sekitar Putrajaya ni.. Dah nak masuk tahun baru ni, mmg kan saya berniat nak hantar Zarra gi 'school' in 2012. Sampai bila pulak nak tinggal dia kat rumah Mama, kesian Mama, kena bangun malam buat susu Zarra, which is that supposed to be my responsibility.. Mama pun mmg suruh hantar Zarra gi school, bagi dia exposure, bagi berkawan, takdela buli Rizqy je kat rumah tu!

Asalnya nak hantar taska bawah ofis saya ni, tapi tak nampak gaya macam bukak soon je. Tanya pegawai in charge tu, katanya paling cepat bulan 3 baru bukak.. Tu paling cepat ye, kalau lambat?? Sbb byk masalah lagi katanya.. Tak boleh jadi ni.. 

Saya dah gi survey 2 taska, dapatkan harga & tengok2 kawasan. 1st taska saya gi Vonad kat Presint 15. Besar taskanya, nampak meyakinkan cuma agak mahal. Monthly fee RM350, registration RM100, yearly payment (permainan & aktiviti) RM120. So total to pay RM570!



Taska ni ada untuk baby sampailah budak tadika umur 5-6 tahun. Tapi dia separate la, baby 1 bahagian, toddler 1 bahagian, budak tadika bahagian lain lak. Takde la campur semua 1 tempat! Cuma masalahnya agak mahal & jauh sikit dari rumah & ofis saya!

Next, saya surf2 internet, cari taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumpa few, & called few taska yang dekat2 dengan ofis saya. Last2 saya gi tengok taska Sri Nurain kat Istana Kehakiman Presint 3.





Harga agak ok.. Registration RM70, monthly RM250. Makan 3 kali sehari, mandi 2 kali sehari. Selain itu ada aktiviti untuk toddler umur 3-4 tahun, mewarna, melukis, menampal, membaca doa.. Nampak macam ok.. Tengok jadual aktiviti dia ni..


Saya fikir, kalau taska bawah ofis ni dah bukak, & mana tau nak hantar Zarra kat situ, kalau tarik diri dari taska Sri Nurain ni saya cuma akan rugi RM70, tapi kalau kat Vonad, saya akan rugi RM220!

So? Uuurrrmmm... Taska Istana Kehakiman ni rasanya pilihan hati.. Dekat dengan ofis, dekat dengan rumah & harga agak munasabah!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...