Monday 15 August 2011

Bila Nak Raya...

Dah 15 Ramadhan dah..Alhamdulillah, masih sempurna puasaku..Azam tahun ni nak puasa penuh, insyaAllah selagi tidak memudaratkan, akan ku gagahkan diri! Chaiyok2!!

Kurang 2 minggu kita semua akan menyambut Aidilfitri. Mcm mana preparation korang? Siap? Jom tengok checklist...

Kuih raya -- Siap order! (order ye!) hahaha...

Langsir raya -- Siap beli!

Angpow raya -- Siap sedia! (untuk anak-anak yang belum bekerja sahaja ye!)

Baju casual Zarra -- Siap dibeli Nenda!

Kasut raya ibu & anak -- Belum beli!

Baju raya pertama ibu & anak -- Belum ada!

Baju Melayu suami -- Dia tak nak beli baru!

Kasut raya suami -- Dia beli sendiri!

Rumah raya -- Belum habis kemas tapi dah habis shopping!

Jadinya, macam ada yang dah siap, ada yang belum nampak bayang lagi.. So plan weekend ni nak gi beli baju kurung Mummy & Zarra. Abahnya iye2 beli kain sari, kononnya untuk buat uniform raya pertama, last2 lambat hantar, dah takde tailor nak buat baju Melayu dia. Sudahnya, kain sari tu diKIV ke tahun depan aje!

Zarra jom shopping! Mummy dah dapat bonus.. woot woot!! :)

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...