Thursday 11 July 2013

Selamat Bersara Datin Omi!

Post ini agak lama terperap.. Sebab takde gambar.. Kenapa? Sebab masa majlis perpisahan Datin Omi Habibah, Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara tu saya jadi emcee.. Emcee sekali lagi.. So, takdela gambarnya..Semua gambar di bawah ihsan daripada official photographer malam tu..

Tarikh: 16 Mei 2012
Tempat: Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8
Tema: Biru/pink (walaupun sudahnya jadi colorful!)

Datin Omi ni la satu2nya bos saya sejak saya masuk Jabatan Penerangan. Hampir 3 tahun berkhidmat bersamanya, banyak ilmu yang saya dapat. Datin bos yang sangat lembut, tapi punya misi & berpandangan jauh. Sifat keibuan dia pun tak boleh lawan...

Majlis ni jugak meraikan Timbalan Pengarah, Tuan Haji Shaari Idris. Haji Shaari jadi 2nd bos saya lebih kurang setahun.. Jom tengok gambar jelah, bulan puasa ni tak payah cakap banyak2.. Hahahah...

 Datin bagi ucapan yang sangat menyentuh perasaan..

Insan diraikan - Tuan Haji Shaari & Datin Omi..


 Makan-makan yang sedap..

Mummy's P.A. Saje bawak Zarra sebab dibenarkan bawak family. Hubby jaga Tiya kat rumah sebab katanya saya jadi emcee, so nanti dia tak cukup tangan jaga 2 anak sendiri.. Sebab tu dia tak ikut..

 Me and kak Ziti, last minute adjust skrip...

Pose kejap!

Malam tu santai2 je acaranya.. Ucapan Datin & Haji Shaari, makan, ada karaoke, potong kek, multimedia show & penyampaian hadiah.. Itu aje.. Simple macam tu pun habis dekat2 pukul 11 malam jugaklah! Nasib baik Zarra bertahan, setia teman Mummy dia... Good girl!

 AJK kek... Hahahha... From left - Yanoor, Hidayah, Syirah, Yana, Roslen & Ijang.. Semua pun cantik2 malam tu..

 Aminnn... Me & Dayah..

Roslen nyanyi lagu Seri Dewi Malam sedap betul!

 Family photo.. acara wajib!

 Berebut-rebut nak bergambar dengan Datin..

Eh takde orang berebut nak bergambar dengan Haji Shaari ke? Hahahaha..

Malam itu malam terakhir kami bertemu Datin Omi dan Haji Shaari. Selamat bersara buat kedua-duanya. Moga kehidupan selepas tamat alam pekerjaan ini lebih bermanfaat. Saya doakan Datin & Haji Shaari sihat selalu dan terima kasih atas segala ilmu yang diberikan...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...