Monday 15 July 2013

3 tahun! Syukur..

15 Julai 2013.. Genap 3 tahun ku berkhidmat untuk kerajaan.. Sekejap je masa berlalu rasanya.. 

Alhamdulillah, selesa di posisi kini, di bu pejabat Jabatan Penerangan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Presint 4. Rumah cuma 5 minit jaraknya, anak2 pula di tingkat 2 bangunan yang sama. Syukur semua dipermudahkan Allah..

Tapi lepas2 ni, kalau naik pangkat ke, melangkau pangkat ke, atau takde rezeki untuk kekal di pejabat ini, terpaksa la pasrah.. Ish nervous kalau cakap bab pertukaran ni.. Hehehe...

Yang penting lepas ni dah takde potongan gaji untuk KWSP dah.. Sebab ku dah sign untuk dapat pencen selepas bersara nanti... Yiehaaa... Banyak jugak tau potong KWSP tu, bolehla buat belanja Zarra & Tiya.. :)

Apa pun, selamat ulangtahun ke-3 kawan2 gred S27, Penolong Pegawai Penerangan, lantikan 15 Julai 2010!

Buddies dari hari pertama hingga kini - Me, Dilla, Naqiah & Leen.. Hari tu sama2 amek exam untuk kenaikan gred S41.. Ntah lulus ke tidak.. Hahaha.. Sayang korang selamanya!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...