Friday 8 March 2013

Allah Mengetahui Segalanya..

Kita hidup di muka bumi ini kerana Allah...

Dia yang menentukan segalanya....

Dia juga yang merencana hidup kita....

Pembaca yang mulia, tolong doakan kesihatan Maktok (nenek) saya... Maktok mula dimasukkan ke Ampang Puteri pada Rabu (27 Feb 2013). Asalnya Maktok warded di Damai Specialist & Ampang Puteri syak Maktok diberikan ubat yang salah...

Maktok dah tua, 79 tahun umur dia.. Tau ajelah orang tua kan, kalau dah salah bagi ubat, nak melawan badan pun dah lemah.. Jadinya melarat2 la sakit dia tu... Ahad 3 Mac Maktok dimasukkan ke ICU dan sehingga kini masih di ICU..

Ya Allah Ya Tuhanku, kami bersedia dan redha dengan apa jua ketentuanMu, andai belum tiba masa Kau mengambil Maktokku, pulihkan semula segala kesakitannya namun andai sebaliknya, Kau ambil la dia dengan cara yang paling lembut sekali....

 
 Maktok with Zarra Sophea.. Zarra cicit ke-6 Maktok.. Gambar ni diambil masa saya baru lepas bersalinkan Zarra, hampir 4 tahun yang lalu..

Maktok dengan Zazza Teahara.. Tiya cicit ke-9 Maktok.. Cicit termuda untuk ketika ini.. Lepas ni InsyaAllah ramai lagi cicit Maktok akan lahir.. Gambar ni hampir setahun yang lalu, kat Hospital Putrajaya, sehari selepas Tiya lahir..

Maktok dengan anak-anak, menantu, cucu2 & cicit2 perempuan yang ada kat KL.. Pic taken during Syawal last year (2012). Maktok yang pakai tudung putih sebelah saya tu...

Maktok kuat.. Setakat hari ini, sepupu saya, Wani cakap, Maktok mula bagi respons, gerak2kan tangan bila dia sedar ada orang keliling dia... Nampak perkembangan yang bagus.. Kami tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib, namun kami amat bersyukur andai umur Maktok kami panjang..... Tolong doakan untuk Maktok saya ye!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...