Wednesday 20 March 2013

Al-Fatihah..

Susulan entri ini, dukacita dimaklumkan bahawa Maktok saya, Hajah Ramlah Abdullah, telah pergi menemui penciptaNya pada 18 Mac 2013, jam 7.05 malam di Kemensah Residency, Ulu Kelang.

Hajat terakhir Maktok untuk pulang ke rumah tercapai. Maktok tiba di rumah pada jam 5.30 petang. Bila Maksu, Mama, sepupu ku Wani cakap dengan Maktok, Maktok dah sampai rumah, Maktok macam mengangguk memberi respons.. Namun semua ketentuan di tangan Allah, Maktok meninggalkan kami selepas sejam setengah berada di rumah, dan meninggal di dalam biliknya sendiri...

Al-Fatihah.......
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Gombak pada 12 tengah hari, 19 Mac 2013. Tenanglah di sana Maktok... Kami tidak akan putus berdoa untuk Maktok, semangat, nasihat, gurau senda Maktok akan diingati selalu. Terima kasih atas segalanya, terima kasih kerana membesarkan Mama serta adik-beradiknya, terima kasih atas kasih sayang pada cucu serta cicit Maktok.. 

Ya Allah Ya Tuhanku, tempatku Maktokku di kalangan orang-orang beriman, Kau cucurilah rahmat ke atas arwah Maktokku.. Aminnnnnn....

Buat Maksu dan Paksu, terima kasih atas segala yang diberikan buat Maktok, sememangnya kami tidak mampu memberikan wang ringgit namun kami ada pabila Maksu dan Paksu memerlukan kami..

Buat Wani sepupuku yang terlalu baik, hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan Wani yang tidak jemu2 menjaga dan melayan kerenah Maktok sejak Maktok mula dimasukkan ke dalam wad sehinggalah Maktok ke liang lahad.. Jasamu akan kami kenang selamanya...

Buat Mama, Makmi, Pakcik, Maksu dan Makchaq, kuatkan semangat kalian, sekuat semangat bonda kalian..

Buat pembaca blog yang budiman, sedekahkan al-Fatihah untuk Maktok saya.. Terima kasih.

Wani, saya dan si kecil Zarra Sophea selepas majlis pengkebumian..

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...