Tuesday 20 November 2012

Fraser's Hill..

Cuti minggu lepas, 2 hari kami ke Fraser's Hill.. 15 & 16 November, memang ramai yang kata Fraser's Hill tu takde apa2, tapi momen bersama family tu lebih penting dari segalanya...

Semua family members ada, kecuali..... Hubbyku!!! Hubby tak boleh cuti sebab kan tu musim raya Deepavali, so ramailah kawan2 India ofis dia bercuti, Melayu yang tak berapa orang tu kenala kerja..

Kalau naik tempat tinggi, wajiblah jalannya bengkang-bengkok kan! Tiya lak time2 mendaki tu la nak meragam, menangis, Mummynya yang menunduk2 ni sikit lagi nak muntah.. Tapi ku tahan! Mama je yang failed, muntah few times.. Hahahaha... 

Kitorang duduk kat apartment 3 bilik, kat Silverpark Resort.. Sampai sana, lepas lunch, lepak jap kat apartment, petang keluar jalan2, dalam sekelip mata dah habis pusing 1 Fraser's Hill. Malam lak, lepas Magrib keluar dinner kat Scott's restaurant.. Tu je aktiviti kami kat sana..Confirm takde apa! Hahaha tapi best sebab sejuk dan hujan... Malam tido lena je....

Jom tengok gambar ajela, takde apa sangat nak cerita...






Hari kedua, masing-masing liat je nak bangun... Sejukla katakan.. Dah bangun, makan je apa yang ada.. Macam2 ada sebenarnya sebab, Abah ku itu, nak gi Fraser's Hill je tapi bawak stok makanan macam nak pegi Hong Kong je, takut sangat susah nak cari makanan kat atas tu.. Lawak je!

Bila semua dah siap, kami pun check-out, singgah kejap kat few spots utk amek gambar.








Selesai posing2, terus turun ke Tg. Malim.. Kat situ, kaum Adam semua gi solat Jumaat, yang wanita-wanita pula makan tak hengat esok dah! Hahahaha..

Kesimpulannya, 2 hari 1 malam dengan family adalah sangat best, susah nak kumpulkan semuanya.. Tapi mcm agak penat sebab ku urus anak2 sendiri, tambah2 ni la 1st time bawak Tiya berjalan jauh.. Perggghhh, mencabar... 

p/s: Hubby, u owe me 1 vacation with the kids tau! :)

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...