Sunday 29 January 2012

She's getting better!

Syukur! Itu perkataan yang tepat, untuk gambarkan perasaan saya ketika ini!

Sebabnya?? Semalam Zarra ada follow up appoinment dengan Paed dia - Dr Vijaya Mohan kat Hospital Columbia Asia Cheras.. Nervous walau dalam hati Mummy tau anak Mummy dah sihat.. Masuk je compound hospital tu Zarra dah takut2, masih fobia & trauma agaknya! Nasib ada Tok Ayah dia, jadinya Tok Ayah la yang dukung Zarra..

Jumpa Paed, Zarra langsung tak nak pandang muka doktor! Gelak je doktor tu! Oksigen level Zarra is 98%! Very good! Tu without oksigen support tu! Dulu masa sakit nak cecah 90% pun payah! Yang lagi best, berat Zarra dah naik!! Masa admitted 13.5kg, semalam 15kg! Alhamdulillah... Doc ckp Zarra sihat, dia pun lega!

Lepas jumpa doc, ajak dia balik, dia kata : "Nanak, Arra nak gi opping!" Amboi, sebijik macam Mummy, sgt suka shopping!

 Dah sampai tempat shopping -- Pavilion! Ada orang dapat kasut baru la...:)

Rambang mata tengok bear banyak!

 Berebut dengan Mummy! Gemuknya Mummy!!


 Hug bear Malaysia!


Selepas beberapa jam... zzzzzz... 

Family day out yang sangat best! Sebab apa best?? Sebab dapat shopping la.. Zarra tido dalam buggy sampai 2 jam, pastu masuk kereta sambung lagi tido sampai Putrajaya.. Senang sikit Mummy & Abah shopping!

Apa yang dibeli?? Kasut & buggy baru untuk Zarra & beberapa pasang baju baby baru.. Hubby lak yang excited suruh beli baju baby, ikutkan saya nak beli serentak je semuanya nanti, nak keluar seharian & habiskan shopping barang baby! Tapi dah dia nak beli, pilih ajela apa lagi! :)

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...