Thursday 26 January 2012

Dugaan Januari 2012.. part II..

Syukur.. Zarra dah discharged dari hospital on 23rd January 2012.. Selepas 8 hari 7 malam berkampung kat Hospital Columbia Asia Cheras.. Lamanya kan! Ikutkan 22hb dah nampak gaya macam boleh discharge dah, tapi doktor try cabut oksigen Zarra, nampak dia macam kurang yakin lepaskan Zarra, sebab tahap pernafasan Zarra tanpa oksigen masih lemah... :(

I just told the doc, do whatever necessary, tahan la Zarra berapa lama pun, asalkan saya bawak Zarra balik dalam keadaan 100% sihat, or mungkin 95%. Tak nak amek risiko Zarra sakit kat rumah, disebabkan sibuk bebenor nak bawak Zarra balik... Ye dak?

Penat memang penat, tak payah cakap.. Saya jaga Zarra siang, dalam kul 10 pagi gitu saya sampailah hospital.. Duduk sana sampai malam, sampai rasa letih baru saya balik tido. Hubby lak jaga Zarra malam2.. Takpe sayang, sikit je tu pengorbanan Mummy & Abah.. Apa sangatlah tenaga & masa kami tu, sebab kesihatan Zarra lagi penting, kalau Zarra sakit Mummy & Abah pun sakit....

Sabtu ni (28 Januari) Zarra ada follow-up dengan Paed dia, Dr. Mohan.. Balik rumah pun Zarra masih sambung makan ubat, tapi Zarra nampak sangat aktif, sangat kuat makan & sangat happy! Syukur!!!

Thanks pada semua -- Abah Mama, Mak Abah, adik-beradik, Makcik Pakcik, sepupu sepapat, anak buah, kawan2 pejabat, kawan luar pejabat yang datang jenguk Zarra, bwk makanan, minuman, mainan, hadiah, buku coloring, pencil color, yang doakan Zarra cepat sembuh, yang bagi support kat saya tanpa jemu... Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian, I just want u guys to know that, all of u are my soul, my spirit, & my strength!!

Muka bahagia dapat landing kat rumah sambil makan cheese!

5 comments:

  1. macam nak menitiskan air mata plak baca entry u. tapi itulah kan...dugaan bila dah jadi mak mak ni. baru sedar yang betapa peritnya nak membesarkan seorang khalifah Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cat, bila tgk dia skrg, memang macam nak nangis! tak nak dah Zarra sakit lagi sekali, Zaf rasa mcm tak kuat kalau Zarra sakit.. jaga E'en baik2 Cat..

      Delete
  2. alhamdulillah..happy to hear that..take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot.. jom jaga 'hadiah' Illahi kita sebaik mungkin.. bila dia sakit, kita pun sakit.. sebab tu zaf rasa apa sangatlah pengorbanan masa dan tenaga, kalau nk dibandingkan dengan kegembiraan bila diorang sihat kan! moga2 anak kita dilindungi Allah.. Aminnn..

      Delete
  3. insyaAllah..sma-sama la berdoa.aminyarabbalalamin..

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...