Tuesday 14 June 2011

Our LOVE Day!

Masih segar di ingatan..14 Jun 2008, saat diri ini menjadi isteri 
Mohd Aidil Khamis..

Masjid Al-Syakirin, KLCC menjadi saksi. Sengaja KLCC dipilih sebagai lokasi pernikahan, melihatkan kemegahan bangunan itu, harapannya agar megah juga perkahwinan kami. Melihatkan indahnya bangunan itu, doa kami agar indahlah jua rumah tangga kami..

 Dia menjadi suamiku...

Dia menjadi abang kepada adik-adikku..
 

Hari ini, 14 Jun 2011, genap 3 tahun dua insan berlainan latar belakang, berlainan fahaman, berlainan kegemaran, disatukan untuk melengkapkan satu sama lain..

Doa kami...moga tiada yang menggangu hubungan suci ini, biarlah Allah sahaja yang memisahkan kami berdua..Doa kami juga, moga kami akan terus meraikan ulang tahun perkahwinan kami, tidak hanya terhenti setakat hari ini sahaja...

Aminn....




To my one & only hubby, janganlah diri ini disakiti, bahagiakan lah ku selamanya, jadilah Abah yang hebat kepada anak kita. 
Sayang kamu tanpa jemu!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...