Monday, 13 May 2013

Happy Mother's Day!!

12 Mei 2013 - hari ibu disambut Malaysia.

Walaupun ada kata-kata yang melarang umat Islam menyambut hari ibu, tapi ku rasakan kalau niat kita betul, insyaAllah tidak terpesong. Perlu ke berniat lain selain mengingati/menghargai ibu kita?? Ntahla, lain orang lain penerimaannya kot...

12 Mei -- ku bekerja di Radio24. Habis kerja kul 4, dah pasang niat sendiri untuk bawak Zarra & Tiya jalan2, main basikal kat taman.. Iyelah, diorang pun kecik lagi, takkan nak harapkan diorang celebrate kot! Macam biasa, I dont expect anything from my husband, dia patut raikan maknya, bukan isterinya.. :)

Tapi Zarra macam dah bijak, Abah dia ajar kot.. Ku balik rumah, dia cakap "Selamat Hari Ibu, Mummy.." Alahai, cairnya.. Makin besar anak Mummy...

 Arra sayang Mummy.. Oh adik buat hal sendiri di situ...

 Me and my precious!
 Lokasi : Taman Botani Putrajaya.. Nampak Jabatan Perdana Menteri belakang tu!




Ni gambar masa bawak anak2 main basikal last week.. Zarra dah pandai kayuh basikal (akhirnya..) Tiya lak baru dapat basikal tu... Tu yg happy sgt tu!

Untuk Mama? Ku sempat tempah gambar ni untuk Mama.. Takdelah mahal pun, tapi itulah tanda ingatanku untuk Mama..

Takde rupa Mama sangat pun! Hahaha...

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu.. Tidak kira betapa susahnya kita memegang gelaran itu, kita adalah insan terhebat di muka bumi ini.... Moga kita semua akan terus sihat untuk berbakti pada keluarga... 

To Mama, Angah sayang Mama sangat2.. Terima kasih atas segalanya, hanya Allah yang mampu membalas jasa Mama.. You're my idol forever!


Tuesday, 7 May 2013

APC..

APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah berlangsung pada 18 April lepas di Istana Budaya...

As my previous post, dengan rasa rendah hati saya menerima APC tahun ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan meriah...

 Proud me! :)

 Sempat captured gambar masa closing show khas untuk Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim..

 Persembahan oleh artis budaya Istana Budaya..

Buat kali pertama berbaju batik 'pure'.. Itu pun sebab wajib berbatik.. Dekat 3 tahun kerja takde baju batik! Hahaha...

Ini ha sijilnya... :)

Gambar official.. Lebar naw sengih... Hahaha...

Moga anugerah ini memberikan semangat untukku terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.. Aminnnn...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...