Thursday, 3 January 2013

Picnic!!!

31 Disember 2012 - hari terakhir 2012 dipenuhkan dengan aktiviti bersama keluarga.. Skema naw ayat kau kan!!

Pagi 31 Disember tu saya bertugas di Dataran Merdeka sempena Larian Tahun Baru anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.. Seawal 6.30 pagi lagi dah sampai sana.. Habis duty dalam kul 10, bos cakap tak payah masuk pejabat.. So teruslah balik... Yay!!

Hubby called few times tanya kat mana... Ada projek katanya... Ku ingatkan projek apa, rupanya berkelah 4 beranak di Sg. Tekala, Semenyih... Barang semua dia dah pack dah, tinggal tunggu saya sampai je....

Ke Tekala la kami... Cuaca hari tu sangat best, redup je, matahari pun takde.. Sampai Tekala dalam kul 12.. Bayangkan kalau ada matahari, mau panas terik yang amat la kan.. Tapi as i said redup je....

 Abah the planner with the kids..

 Kakak Zarra yang excited.. siap bawak pelampung kiri kanan..

 Adik Tiya mcm excited jugak tengok air.. Walaupun dia tak tau air tu yg buat dia terkejut akibat kesejukan!

Mummy yang excited jugak tp lebih pada excited amek gambar anak2.. Dengan muka tak semenggah bangun kul 5 pagi tu!

 Bagi adik celup kaki dulu... Bunyi gakla dia sebab air tu sejuk... 

 Yes kakak memang sangat gumbira!

Adik dah ok sikit sebab dapat pelampung..

 Anak siapa yang terbiar ni?

 Ish kat mana la saya ni?

 Mummy jom balik... Tengok adik dah meraung tu..

We had fun (walaupun ku tak mandi pun).. Tenang rasa jiwa tgk air sungai yang mengalir, wajah2 kesayangan tengah bergumbira... Tambah2 pulak orang tak ramai sebab 31 Disember bukan hari cuti.. So I like la pendek kata! :)

Masuk je kereta, dua beradik itu terus zzzzzzzzzzzzzzzz..............

Wednesday, 2 January 2013

1st day at school..

Happy new year semua!!

Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi asyik tertangguh je.. Hari ni saya nak cerita benda yang paling best untuk permulaan tahun 2013 ni...

Kisah si anak sulung saya yang dah mula bersekolah secara formal... Syahdunya hati ibu ini, pabila melihat Zarra memakai uniform.. Nampak macam dah besar sangat dah dia! Comel, of course! :)

 
Suka tengok design uniform dia, ala2 maxi gitu... Siap ada reben kat belakang!

Pagi tadi macam pesta kat tingkat 2 tu.. Dengan budak menangisnya, dengan penuh dengan parents lagi.. Zarra pun macam pelik, nak simpan kasut pun penuh rak kasut tu.. Dia relax je, orang lain nangis, dia sibuk tengok keliling sebab dah banyak 'muka baru'... Macam 'otai' pulak dia, siap bye2 Mummy dia.. Tak suruh tunggu pun.. Untung jugak expose dia dari last year, so dia dah biasa dengan environment sekolah tu...

 
Geng 4 tahun..

Ni best friend Zarra, dari hari pertama dia masuk school tu last year dia memang berkepit je.. Mia nama kawan dia ni. Mia cuti 3 bulan sebab Mama dia bersalin, so tadi ala2 jejak kasih la dengan Mia, siap peluk2! Rindu sangatlah kononnya....

 Duduk lepak2 sementara semua selesai... Ramai gak parents teman anak2, tapi ku tak tunggu pun sebab tengok Zarra ok je.. Dah biasalah katakan..

Sementara nak tunggu uniform, dia 'berkelah' dengan Auni dulu..

 Ibu Auni ni satu pejabat dengan saya.. Auni tahun ni 3 tahun, tapi sama besar dah dengan Zarra..

Yuran Zarra tahun ni mahal sikit.. Eh mahal banyak kot... Tapi saya compare dengan Tadika luar pejabat, lagi mahal.... So Mummy redha la, asalkan anak Mummy dapat bersekolah & dekat dengan Mummy..

Yuran tahunan : RM618 (termasuk uniform, buku, konvokesyen, report card, alat tulis & mcm2 lagi la..)
Yuran bulanan : RM240 (tadika + day  care + Kafa + makan minum)

Belajar rajin2 ye Zarra Sophea! Mummy tak sabar nak tengok Zarra pandai membaca....

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...