Sunday, 26 February 2012

Surprise!!!

Ok!Rasa macam kena kejutan elektrik di mana seseorang mangsa akan keras kejung dan tidak boleh berkata2!

Tepat! Mana tak kejung kalau balik rumah dgn mood tgh marah2 tiba2 bukak pintu org jerit 'SURPRISE!!!' siap kena spray dgn buih2 & bunyi tiup2 segala! Mujur tak terus kena push bersalin on the spot! Apa rupa? Ntahla... Mak redha je konsepnya!! Hahahaha...

Entry ni saya nak sampaikan my appreciation speech dulu k! Gambar later la sbb byk kat kamera org lain,tuan punya badan ada gambar selepas kejadian je...:)

Thanks to:

1) Mastermind & planner - Akak (dulu kita buat kat dia,skrg dia balas dendam!)

2) Pembantu mastermind & interior designer - Kam daling (sampai plg awal kena kemas rumah, thanks jugak bwk cupcakes walaupun ada kisah di sebaliknya!)

3) Penyedia makanan tersohor - haruslah Mama kan!Walaupun angah tak makan sgt akibat blur yg tak habis2,angah tau semua pun sedap! :)

4) Dua penyokong kuat majlis,sorang bwk puding jagung,sorang bwk gula2 - Wani sepupuku & Tina bffku (anda brdua sgt sweet sesweet makanan yg dibawak! :)

5) Orang2 penting dlm setiap acara,tanpa anda pastinya majlis kurang meninggalkan kesan! - Abah, Zafrie, Zafran, Abg Opie, Rizqy, Aishah, Makmi, Pakki, Armand, Amanda, Icha, Nenek & Bibik! Anda mmg sgt penting di hati Angah...:)

6) Last but not least,pada org yg kena bebel sebab tak bawak saya gi shopping & terpaksa redha tgk muka 'ketatku' all the way dr Klang ke Putrajaya - Hubby! Sorry but u know,tanpa U confirm pakatan terancang ini tidak menjadi..Hope u still love me walau dah kena marah!

4.30pm - 7pm,25 Februari 21012, adalah waktu saya senyum segembiranya, dikelilingi insan-insan istimewa, terasa diri ini sgt disayangi & dhargai! Doa dari kalian agar saya selamat bersalin amat diperlukan.. Hanya Allah yang dapat membalasnya & hanya Allah juga yang tau betapa pentingnya kalian dalam hidup saya! No words can describe how much I love & appreciate each one of u..

Thanks a lot, terima kasih daun keladi!!

With love,
ANGAH,ZAF & WIFEY yang terjaga tengah malam,gelak sorang2 & terus tulis post ni! :)

Friday, 17 February 2012

Besarnya Pengorbanan Ibu...

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Subhanallah, besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu. Saya bangga menjadi kaum wanita! Macam nak nangis baca artikel ni, takut pun iye jugak terutamanya point no.6 tu!

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan proses kelahiran anak keduaku ini.. Moga kali ini, sukarnya tidak sesukar kelahiran sulung.. Selamatkan ku dan anakku Ya Allah.. Aminnn...

Copyright© LifeFit.my

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...