Friday, 9 September 2011

Meriahnya Lebaran part III..

As promised, saya sambung lak citer raya kami sekeluarga ke Penang. Kitorang ke Penang masa raya ke-3 (1st September). Tapi lepas check out, gi beraya rumah BFF akak, Aziz & rumah kawan Mama lak kat Alor Setar.
Sampai Penang dalam pukul 4 lebih gitu, dengan jamnya, salah masuk entrance hotelnya, akhirnya selamat jugak kitorang melandingkan diri atas katil empuk G Hotel, Gurney Drive..classs betul hotelnya!

Kat Penang takde rumah untuk beraya pun, memang sessi relax & cuti2 Malaysia je. Lepas Magrib, kitorang catwalk ramai2 je ke hawkers kat Gurney Drive tu. Perut masing-masing lapar giler, jadinya makanan atas meja dah macam nk buat jamuan 50 orang makan! Hahahah...

Lobby G Hotel..

 Kelas...baru ingat nk buat souvenir, tiba2 ternampak harga kat tepi tu! Hahaha...

Bersedia dengan perut yang kosong!



  Makan sampai mengah!

Esoknya, still takde apa2 plan, kecuali nak gi tengok rumah baru Paksu kat Feringghi. So, dah bangun, acara wajib kalau duduk hotel untuk kanak2 mestilah swimming!! Bapak2 pun turut serta, manakala ibu-ibu dan nenda hanya pose cantek tepi pool! :)


Ni pool kat Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah... Disebabkan Mummy lupa bwk swim suit Zarra, seluar pendek ajela jawabnya!

 Manja dengan Tok Ayah ni! (Sebenarnya jealous Tok Ayah dukung Rizqy!)


Episod 2 - pool kat G Hotel pulak..

 Yang tak mandi, makan la apa lagi!

 Nak check out dah, bye2 G Hotel..nanti kami datang lagi ye!

Dah check out, kitorang pergi Feringghi, tengok rumah Paksu & lepas tu pergi lunch.. Semua dah kenyang, bergerak la kami pulang ke KL.. Perjalanan agak mencabar, 4pm masuk hiway, 10pm baru sampai tol Jalan Duta. Total, 6 hours on the road. Tukar driver dah berkali2, sampainya tak jugak! Baru la merasa jam masa musim perayaan camne... Next year nak 'balik kampung' lagi tak? Tengok dulu la..Hahahaha....

Tuesday, 6 September 2011

Meriahnya Lebaran part II..

Raya kedua (31 Ogos) seperti yang dirancang, kami sekeluarga bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Cita2 asal nak bertolak kul 6am, saya pun siap tido rumah akak malam raya pertama tu untuk memudahkan pergerakan. Tapi haruslah cita2 menjadi angan2 aje sebabnya, 6.30am jugak baru gerak dr rumah. Maklumlah ramai anak2 nak diuruskan..Hahahah...

Dah masuk hiway, of coz la lapar sebab belum breakfast, so janji jumpa Mama & rombongannya kat R&R Rawang. Mama siap sempat masak nasik goreng Siam & mee goreng lagi. Katanya tak boleh tido, so dia masakla..Kelas mama, excited nak balik kampung la tu! :)

Kitorang konvoi 2 kereta, kereta saya ada 4 dewasa (me, hubby, akak & abg Opie) & 2 kanak2 -- Zarra & Rizqy. Kereta lagi satu ada 6 orang dewasa - Mama, Abah, Afan, Udin, Zafrie & Mak Tok. Bergerak la kami dengan satu misi --- beraya lebih maut daripada biasa ke Utara! Hahahah...

She's ready to go! Budak ni kena naik kereta dengan Nenda sebab kacau 
Rizqy yang tak sihat!

Sampai Sungai Petani lebih kurang kul 11am, rumah pertama - Kelab Cinta Sayang, rumah best friend Maksu yang memang wajib diserbu kalau raya. Kat sana lagi ramai yang join, family Maksu, Pakcik & Pakki.. Tuan rumah mungkin nak pengsan, tapi redha jela dengan kedatangan tetamu yg diharap membawa rezeki lebih! Hahahah..Rumah aunty Farihah @ aunty doktor gigi bak kata abg Opie adalah sangat grand ye! Very the English, sampai jiwa pun rasa seolah2 berada di perkampungan English zaman dahulu kala..:)





Tuan rumah - aunty Farihah yang pakai baju hijau kat belakang tu! Pengsan tengok rumah dia yang sangat meletup!

Lepas dah kenyang, segeromobolan kami bergerak ke rumah Mak Chaq (kakak sulung Mama). Kat situ lg meriah, makan pun meriah, siap pakat dengan Wani beli kek untuk surprise Mama..31 Ogos kan birthday Mama...Jadinya, semua pun happy sebab perut kenyang & surprise menjadi!

Thanks for the cake Wani!
Birthday Mama (31 Ogos), Zarra (1 Sept), Abah (5 Sept)! Potong kek sekali!

Lepas tu....pergi Yan pulak..ni pun rumah wajib kalau raya kat Kedah. Jumpa tok-tok, makcik-makcik kat sana, tapi x makan pun, plus sangat panas & letih sudah!

Last but not least, Paksu ajak semua gi rumah Tok Pah (maknya) kat Bukit Mertajam. Tok Pah buat mee yang kami namakan mee Tok Pah! So sampai Bukit Mertajam dah petang, makan cepat2, kitorang kena balik hotel cepat2  sebab Rizqy tak sihat..menangis aje dia! 


Pengakhiran aktiviti raya kedua -- pengsan tido kepenatan di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani!

 Ni adalah contoh pengsan terbaik!! Hahahaha...

Tunggu post lepas ni pasal Penang pulak k!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...