Wednesday 13 April 2011

When 'Deda' is not around...

Zarra panggil Deda instead of Nenda..

Nenda ni lah tempat Zarra bermanja kalau mummy gi kerja..Pagi2 seawal 6.30am dia dah sampai umah Nenda dia dah..Petang lak, by 5.15pm mummy akan amek Zarra bawak balik rumah..

But starting from last Friday (8th April) sampailah 13 April, Nenda Zarra gi holiday dengan adiknya, kakaknya, adik iparnya & 2 lg sepupuku..ala2 rombongan Cik Kiah ke Macau, Hong Kong & Shenzen!

So, Isnin-Rabu, Zarra dibabysit bergilir-gilir oleh Mummy & Abahnya. Isnin mummy cuti, Selasa & Rabu abah dia lak babysit. Abah kalau babysit Zarra, memang perfect! Zarra jela yg perfect, makan minum cukup, mandi siap, cuci 'yak' semua ok, satu je yg tak ok, rumah haruslah bersepah mcm tongkang pecah yang tunggu masa nak karam! Hahaha..Takpelah abah oi, janji anak terjaga cukuplah...

  Ni port favorite Zarra longgokkan segala mainan dia..Siap pandai menyorok dalam ni ye!

Tapi kejadian yang paling berat, sedih, syahdu jadi jugak pagi tadi. Elok je saya bukak pintu nak gi kerja, dia terjaga. Terus bangun dan dalam hati dia mesti cakap, ha, mummy nak tinggal Zarra ek?  Tindakan drastik yang dilakukannya ala2 drama sikit, peluk kaki mummy kuat2 sambil menangis..Mummy pun cakap: 'Zarra gi la bobok dgn Abah tu'..Jawapan spontan diterima : 'Nanak!!!' Terus volume menangis dia gi maksimum!!

Adoi, bab ni yang mummy fail u olls..Mcm nak nangis je bila terpaksa gak keluar, tutup pintu cpt2 & reverse kereta...Apa yg jadi seterusnya?? Lu pikirlah sendiri! Hahaha...

Bila dah jadi drama sedu sedan di pagi hari ni, barulah semakin sedar pentingnya kehadiran Deda dalam hidup Zarra & of coz hidup mummy dia la..Tinggal kat Deda pun tak nangis camtu tau! Mama, balik cepat ye, Angah rasa Zarra rindu masakan Deda dia (angah pun Ma!)..hahahah...

Proud Nenda dengan sepasang cucunya!

Satu lagi, bila Nenda takde, makanya mummy secara automatik akan merindui lagi sorang budak kicik yang dipanggil 'baby Qiqi' oleh Zarra..sebabnya, rumah Nenda selalu jadi port pertemuan mummy & Rizqy ni, so bila Nenda cuti,mummy tak dapatlah jumpa Rizqy! Oh kesedihan berganda namanya ni!! :(

Oh kamu macam budak besar padahal baru 3 bulan ye!

Khamis (14 April) adalah hari yang dinanti2..Hari untuk mempertemukan semula Zarra & Dedanya..Mama Rizqy, sila bawak Rizqy ke rumah Nenda ye..mummy nak gomol Rizqy! :)


No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...