Tuesday, 27 September 2011

Bali day 2...

Bangun pagi2, breakfast dulu kat hotel.. Makanannya meriah, yang paling best soo hoon+mee sup..Sodappp!!!

Morning Mummy.. I'm ready for breakfast (belum mandi, baju tido je gi makan..)

Ni la soo hoon+mee sup yang dicelur depan mata..Cili dia mantap, ntah cili apa dia guna, pedas kemain!

Lepas tu niatnya nak terjun ke pool, tapi ntah kenapa Zarra mcm tak interested sangat nak mandi pool..Abah dia je yang mandi lebih..Hahaha.. Pool Hard Rock cantik sangat, sayang tak dimanfaatkan sepenuhnya!







Dah swim ala2 manja, kitorang rush siap2 & packing untuk check out & berjalan2 Bali. Yanto dah amek Akak & abg Opie dulu, tapi abg Opie tak ikut kitorang berjalan sbb dia nak gi surf. Tempat pertama, Batu Bulan - tengok orang buat silver/gold. Diorang jual murah gak, tapi disebabkan duit takdela banyak mana pun kan, so tak beli pun..Pose je!


Lepas tu singgah kejap kat Ubud, tengok padi bukit. Tapi akak kata kat Jatiluwih lagi cantik padi bukitnya. Saya & akak turun kejap utk pose2 je.. Zarra bobok, so Abah tak turun la..


Ada pengantin tengah pose kat tengah2 padi bukit di tengah2 hari rembang!

Selesai kat situ, kitorang bergerak ke Kintamani. Kat situ tengok gunung berapi yang masih aktif, sambil lunch. Makan buffet seorang IDR97,000. Sejuk je kat atas tu. Gunung berapi tu last meletus pada tahun 90-an..



Lepas tu singgah kejap kat tempat buat kopi luwak. Kopi ni diharamkan kat Malaysia, ulama mengesahkan ia tak halal sebab kopi tu adalah hasil najis luwak (macam musang) yang dikutip, dicuci dan diproses semula. Mahal harga kopi ni. Secawan pun dah kena IDR50,000 (RM18.00). Kat situ diorang bagi kitorang minum kopi lain jugak, tapi yang lain semua free, kopi luwak je kena bayar..
 Yanto tengah explain perihal biji kopi yang dimakan luwak sebelum diyaknya...

 Nampak tak najis luwak tu? Tu najis fresh, lepas luwak yak, biji kopi tu dicuci & diproses..

 Ni ha kopinya..pekat! siapa selera nak minum? hahaha...


Dah ptg, kitorang gi Denpasar beli kain untuk dipakai masa wedding adik Hubby bulan 10 nanti. Colornya mengikut pilihan ibu mertuaku, ku hanya beli seperti yang dimintanya.. Lepas tu singgah  kejap Kampung Nusantara tempat jual souvenir, saya just beli baju Zarra & anak-anak buah je..Untuk diri sendiri tiada yang berkenan...
Dah setel, kitorang singgah makan Bakso Pendowo Malang kat Kuta sebelum balik hotel. Pergh, sedap giler bakso tu, baksonya sebesar penumbok..Makan dengan rakus sampai lupa nak amek gambar! Oooppsss...
Lastly, sampai Legian Village Hotel, check in & rest.. 



Padanlah bilik dengan harganya..1 malam je feeling hotel mahal, lepas tu lagi 2 malam dok sini je, cut cost! Hahaha...




Monday, 26 September 2011

Bali day 1...

19 -22 September! Tarikh berangkatnya keluarga kecik ku ke Bali, Indonesia.. Cuti-cuti, rehat-rehat, jalan-jalan, kukuhkan ikatan 3 beranak, sambil disertai akak & abg Opie! Rizqy kena tinggal, shian dia.. Kami tinggalkan Kuala Lumpur, dengan doa tidak putus2 agar Mama sihat semula...

Flight kitorang kul 9.30am, malas nak susahkan siapa2, so kitorang naik ERL dr Putrajaya Sentral, stop kat stesen Salak Tinggi, naik feeder bas terus sampai LCCT. Sampai LCCT kul 8am, sempat makan nasi lemak dulu, lepas tu terus masuk departure hall.. Yieha!! Bestnya gi cuti!

Budak ini tak payah kejut pagi2, dia bangun sendiri at 6am! Macam tau2 nak jalan.. Her 1st experience naik ERL..atau twen katanya!

Naik bas pulak.. 1st time jugak! Ooppss jangan tekejut, ni la rambut terbaru Zarra selepas ditarah abahnya sendiri!

Finally, she saw aeroplane, yg selalu dia tengok kat awan je! Terkebil2 dia tengok live! Naik je flight, belum pun take off dia dah lena dulu...Bagus! Hahaha...

Sampai di Bali jam 12.30 tengahari.. Guide@supir kitorang - Yanto dah tunggu dengan tanda namaku di ruang ketibaan. Plan hari pertama, check ini hotel, rest jap, then jalan2 area Kuta je, sbb akak & abg Opie belum sampai, so tak boleh tour Bali lagi..

Yanto bawak kitorang lunch dulu, kat Wong Solo, kat KL giler Wong Solo, kat Bali pun dicari jugak! Yang bestnya Yanto ni, dia Islam, so dia memang bawak gi tempat makan halal sbb Bali 90% beragama Hindu.. Lega la sebab senang makan kan!

Lepas tu terus check in Hard Rock Hotel, Kuta.. Stay sana 1 malam je, lepas tu join akak & abg Opie kat Legian. Dah rehat kitorang jalan2 area Kuta. Kuta ni memang town la, kedai banyak, shopping mall pun ada, pantai pun ada...

Dia test katil dulu, sebelum lena setengah jam kemudian...













Tamat aktivit hari pertama di Bali..hasrat hati nak layan live band kat Hard Rock Cafe tapi sebabkan tengok anak dah lena, Mummy pun join sekali la..Hahahaha..
Nanti kita sambung citer hari ke-2 lak k!


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...