Friday, 29 April 2011

Main bowling ke main longkang?

16 April lalu (hah?baru sekarang nak citer??) saya join perlawanan bowling anjuran Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia di Mega Lane, Sunway Pyramid.. Ala sorryla, terlupa nak citer sejurus selepas kejadian! Hahahah.. Better late than never kan!

Pertandingan ke? Takde makna sangat la kalau yang masuk, kira2 15 orang gitu, yang hebatnya sorang dua je, yang lain-lain tu ala2 memeriahkan majlis cum exercise tangan yang semakin membesar je sebenarnya! :) Bowling ni antara sukan yang saya suka, cuma dah lama giler tak main, start pregnant sampaila Zarra dah almost 2 tahun! So bayangkanla apa jadinya kalau tiba2 main! Gaya je hebat, siap kasut yang dibawa dari rumah, tapi balingan pertama sampai keenam, bola tu seolah-olah memang sengaja dimasukkan ke dalam longkang!!!! Hampeh! Buat malu diri sendiri je!

Kami 1 team! Yang tengah tu champion, kiri dan kanan hanyalah penyokong & peneman setia dia je! Hahaha..

Bila dah 'panas', barulah ada sikit2 balingan yang kena pin. Sikit2 je ye, bukan semua!! Bila dah betul2 panas dan rasa macam blh strike je, tiba2 game dah habis! Sorry, 2 frame je k, siapa suruh lambat sangat panas! Hati panas je jadinya! Hahahaha... Okla, pemenang akan wakil Jabatan untuk lawan dengan Jabatan-jabatan lain.. 

Kesimpulannya, happy! Tu yang penting, main suka2 dengan kawan2, sambil ditemani suami yang baru lepas eksiden & pom pom girl saya! (Bawak pom pom girl pun kalah! Memang hampeh!!) Hahaha...

Introducing my one and only pom pom girl!!! Kuat posing la pom pom girl mummy ni!

Antara gayanya ketika membawa watak pom pom girl!

Antara peserta gaya bowling terhebat di abad ini! :)

Terima kasih Pusapanita Jabatan Penerangan! Lepas ni buat lagi ye, insyaallah saya join walaupun ke laut perginya! 

Habis je bowling kami terus ke Flamming Steamboat sebelah Pyramid tu untuk makan2 sambil gather2 dengan kawan2 lama zaman UiTM yang masing2 dah beranak.. Lapar wo, ingat tak penat ke main bowling? Ceh! Lapar2 pun, makan kejap & sikit je, ala2 tak puas sangat sebab Zarra dah merengek mengantuk nak bobok! So bila akhir rancangan makan2 tu, yang lain2 posing, saya je yang takde dalam gambar ni! Sedih!! Sedihla sebab tak dapat pose! Hahahah...


Dari kiri, Enon & babynya, kakakku & Rizqy, my bff Ezu & Rayyan & another bff Tina yg tengah pregnant 5 bulan!


Zarra tulis lagi dan lagi....

Alhamdulillah...

Semalam dan hari ni, artikel tulisan ku dipublish lagi di blog Rakan1Klik milik Jabatan Penerangan Malaysia.. Memang ia antara tugas hakikiku, tapi idea nak menulis ni bukannya selalu datang! Kadang2 mencurah2, kadang2 kering kontang! So bila masa idea datang, terus tulis cepat2 & submit sebanyak yang mungkin koleksi untuk ruangan 'ZARRA'..Bila nak dipublish tu terpulang pada editor blog tu, janji kita dah buat kerja kan!

Semalam adalah siri kedua post bertajuk Menangis Aje! Sila lah klik di sini ye!

Adoi, cair betul hati tengok baby ni!
 
Hari ni pulak, cerita yang baru pulak dipublish. Marilah baca storyku  dan juga story kawan2 yang lain ye. Setiap hari post baru akan dipublish, dan macam2 cerita yang boleh anda baca! Siap ada peraduan lagi! Apa lagi, selamat membaca dan jadi follower k!

Amboi..ni tengok TV ke apa ni?? Nak tau kesannya? Sila klik sini !

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...