Friday, 9 November 2012

Kesian baby saya...


Baru je doa2 dia terus-terusan sihat, tup2 dia kena chicken pox pulak!!

Confirm berjangkit daripada kakaknya.. Nak buat mcm mana kan, walaupun Zarra dikuarantin seketika kat rumah Nenda dia masa dia kena demam campak tu, adik tetap berjangkit... Dah serumah, digomol2 pulak adiknya tu hari2 kan! Redha je la adik... Mummy lagi terpaksa redha..

Tiya start kena chicken pox hari Sabtu.. Dan Mummy pun terpaksa la amek cuti Isnin-Rabu.. Khamis & Jumaat hari ni Abah off, so Abahnya pulak take over babysit Tiya..

Tengok budak kena chicken pox ni.. Kesian kan.. Saya rasa dia kena lagi teruk daripada kakaknya sebab dia belum lagi kena vaksin campak.. Alahai...

Ni masa baru2 disyaki kena demam campak.. Tak banyak lagi bintik2 naik..

Masa ni dah confirm demam campak.. Banyak dah bintik2 keluar especially kat muka.. :(

Dah kurang demam, baru la dia senyum2.. Kalau tak merengek je..

Eh suka pulak dia... Senang hati tgk dia senyum gini...

Awal2 masa kena chicken pox tu, demam dia kuat.. Ada 1 malam tu sampai 39 degree, ish jangankan dia tak lena tido, Mummy lagi la tak lena kan.. Risau sgt apa2 jadi kat dia.. Tapi nasib baik saya jenis suka stock ubat2 kat rumah, ada la ubat yang masuk kat punggung kalau demam dia kuat sgt.. So ubat tu la penyelamat...

Alhamdulillah, hari ni 7 hari dah... Dia dah tak demam, kesan2 chicken pox tu nampak dah kering, selera makan & minum susu pun dah back to normal.. Mummy pun boleh gi kerja dengan senang hati...

Zaf: Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan anak-anakku daripada penyakit2 berbahaya, sesungguhnya mereka terlalu kecil untuk menghadapi.. Andai bisa dipindah, aku sanggup menggantikan anak-anakku... Aminnn...

Friday, 2 November 2012

A Happy and Healthy 7 Months Old Baby..

26/10/2012, umur Zazza Teahara menginjak ke 7 bulan..

She's always a happy baby, susah nak menangis & sangat cool.. Dia cuma menangis merengek kalau nak susu + tido je. Kena buli dengan kakak pun cool je, kalau dia menangis tu maknanya kena buli lebih hebat daripada biasa la tu maknanya! Hahaha..

So far Tiya masih dijaga di taska during office hours & saya pun puas hati tinggalkan dia kat sana... Tak nak cerewet2 sangat, asalkan saya tengok badan dia ok, & dia pun takde masalah syukurlah..


 Suka betul pandang kamera, tau je orang nak amek gambar dia!

 Main2 gurau2 dengan kakak.. Close sangat 2 beradik ni, Tiya tu mana ada kakak dia, situla dia duduk..

 Cousins.. Tiya & Syakir.. Syakir lahir lewat 2 minggu dari Tiya, tapi badan semangat!

See Mummy, I can sit!

Progress sehingga hari ini, Tiya kuat makan, dah merangkak & dah duduk dengan tangan sebelah menahan badan.. Tak lama lagi dia lepas tangan sebelah tu kira lulus cemerlang la.. :)

Be a good girl always ya sayang! Besar cepat ye, nanti boleh jalan2 pegang tangan kakak...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...