Wednesday 26 June 2013

100 days without her..

Al-Fatihah....

25 Jun 2013, genap 100 hari Maktok meninggalkan kami.. Moga Maktok tenang di sana dan hanya doa yang dapat kami berikan untuk Maktok.




Angah rindu Maktok!!

Wednesday 19 June 2013

Laman Cerdik Sports Day..

Date : 15th June 2013
Venue : Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Ikutkan surat, 9.30 pagi mula pendaftaran pelajar. Pukul 8.30 pagi dah keluar rumah, pergi sarapan dulu. Iyelah kalau tak makan kang mau lapar sepanjang acara. Mummy excited, 1st time nak tengok anak bersukan. Zarra lagi excited, malam Jumaat tu siap masuk tido awal, nak bangun cepat esoknya dia kata. Siap ngigau tengah malam, cakap nak mandi sebab nak pegi sukan! Hai la Zarra!

 
Tengoklah budak excited nak bersukan tu!

Sports day ni involved semua kanak-kanak umur 4-6 tahun di semua cawangan Laman Cerdik - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Presint 9, Presint 11, Kota Warisan & Kajang. Meriah! Ramai parents yang datang bagi support kat anak2. Penuh 1 dewan tu. Ragam anak2 pun macam2. Masa nak berarak masuk tu la ada yang menangis, ada yang tak nak join, ada yang berkepit dengan parents.. 

 Comel sepanduk dia..


 Kontinjen Zarra - Laman Cerdik KKMM

 Ha tengok tu, Zarra berarak dalam tangisan.. Hahahha...

Sepanduk ni pun comel..

Rajin teachers semua buat sepanduk untuk anak2 murid diorang. Rasa kagum dengan semangat teachers. Anak2 pulak elok dengar cakap teacher, beratur elok2, duduk diam2... Itulah kuasa cikgu kan!

Bila dah berarak masuk dewan tu, ada baca ikrar, nyanyi lagu Negaraku dan lagu sekolah Laman Cerdik. Comel sangat semuanya!! Paling tak sangka, lepas tu ada sessi aerobik panaskan badan.. Bukan main lagi masing2 'menari' termasuklah anakku si Zarra Sophea.. 


Eeewwaaahhhh!!!

Lepas tu acara sukaneka pun bermula. Zarra masuk satu acara je. Itu pun acara berpasukan. Dapat tempat kedua. Good job kids!



Good start baby!

Abis je acara Zarra, ku mintak izin teacher nak balik. Katanya Zarra dah takde acara dah, cuma kalau rajin tunggu sampai habis, nanti ada acara untuk parents. Tak larat nak tunggu dah, si adik pun dah meragam nak tido. Tu pun siap terlelap sekejap atas riba abah masa kakak tengah bersukan....

Tiya dengan teacher dia....

 Supporter kakak yang paling kuat sekali.. Asyik nak duduk dengan kakak je...

 Besar dah anak Mummy.. Ya ampun Mummy berpeluh tak hengat!

Kakak... bila nak start sukan ni?? Adik dah penat ni...

Masuk je kereta, si Zarra terus lena.. Mak aih, penat betul anak Mummy.. Tu baru 1 masuk acara je.. Hahahah.. We had fun! Nasib baik Mummy tak sihat masa tu, batuk sampai takde suara, kalau tak harus suara Mummy je yang paling kuat! :) Lepas ni kita tunggu Laman Cerdik Concert pulak. Ha masa tu ntah apa la budak2 tu nak buat! Hujung tahun ni, cant wait!!

Saturday 15 June 2013

5th Anniversary!

14 Jun 2013. 5 tahun bersama. Susah senang, suka duka bersama. Banyak dugaan, banyak juga kegembiraan. Semuanya mematangkan hubungan kami.

Bahagia dikurniakan 2 permaisuri -- Zarra Sophea dan Zazza Teahara.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas kesabaran, kebahagiaan dan kegembiraan yang Kau kurniakan padaku dan suamiku.. Moga ikatan ini berpanjangan ke jannah.. InsyaAllah...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...