Tuesday 16 April 2013

Jom Kita Mengundi!

5 Mei 2013, jangan terlepas peluang untuk mengundi!

Me myself, baru nak masuk kali kedua mengundi, excited macam nak raya! Hahahaha.. Dah terngiang2 lagu Jom Kita Mengundi yang Tomok nyanyi tu! :)

Dah check SPR tadi, ku akan mengundi di Bandar Tun Hussein Onn, dulu kat Bandar Damai Perdana. 



4 tahun lagi insyaAllah, nak mengundi kat Putrajaya pulak la.. Hari tu dah semangat gi pejabat pos nak tukar pusat mengundi, rupanya kena tukar alamat IC dulu ye! Baiklah, nanti saya buat IC baru tukar alamat Putrajaya.. Iyelah, dah rumah & pejabat kat Putrajaya, apa salahnya bagi undi pada calon Putrajaya kan!

Kerja masa pilihanraya??? Alhamdulillah nama ku tiada dalam senarai pegawai yang dihantar bertugas ke luar daerah semasa pilihanraya.. Puas berdoa, syukur la. Kalau nama naik, risau jugak siapa nak jaga anak2.. Tapi kerja-kerja sebelum pilihanraya boleh tahan jugak busynya..  Dengan eventnya, dengan bahan penerbitannya, tapi buat jelah tanpa rungutan.. Saya Yang Menurut Perintah katanya!!

So, jangan lupa tunaikan tanggungjawab ye! Mark ur calendar -- 5th May is the day!

Sunday 14 April 2013

Rezeki.. Alhamdulillah..

Tika mengetahuinya, seribu rasa terbit!

Segan, rasa 'kecik', rasa bangga pun iye gak dan of coz la happy bersyukur sangat2..

Saya mula berkhidmat dalam sektor awam pada 15 Julai 2010, Julai tahun ini 'baru' 3 tahun perkhidmatanku.. Memang baru, rasa macam budak baru belajar sebab tu saya cakap saya segan...

Iyelah, segan apabila dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk tahun ini... Segan sangat, sampai rasa tak nak orang tau pun mengenainya..


Bak kata Mamaku pabila dimaklumkan padanya, 'hey, Mama nak pencen baru dapat APC tau!' Alahai, terus rasa 'kecik' sangat diriku ini....

Apa pun, syukur pada Allah, kerja-kerja ku selama berkhidmat di Jabatan Penerangan dihargai, terima kasih bos! (Ceh, macam ucapan kemenangan la pulak...) :)

18 April ini majlisnya, di Istana Budaya... Doakan ku akan terus cemerlang! Hahahahaha...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...