Thursday 27 December 2012

9 months!!

Ish, cepat betul masa berlalu...Pejam celik dah 9 bulan dah Zazza Teahara!!

Yang lawaknya, maknya ni boleh lupa nak 'khatan' kan dia.. So semalam, genap umur 9 bulan barulah dia kena khatan.. Kesian dia.. Sorry ye dik, but it's better late than never kan! Tapi adik relax & cool, nangis sikit je.. Lepas tu abah belanja makan TGIF! Hahahah...

3 beranak di TGIF.. Susah naw nak dapat capture gambar gini..

 Senyum je walaupun baru lepas kena khatan... Kakak bagi adik pinjam Pororo..


 Lama tak update pasal kakak dia.. Tengoklah perangai kakak tu... Nak baring dalam troli pulak!

 My sweet 9 months old baby girl..

Dua beradik berebut stroller! Hambek dua2 nak duduk dalam stroller..

Progress Tiya sehingga hari ini... Makin lincah, bergayut sana sini nak berdiri, merangkak dengan sangat lajunya & suka sembang cara dia la yang takde siapa pun faham! Hahaha.. Jalan cepat2 ye adik...

Wednesday 26 December 2012

I'm so down!!

Sedihnya.....

Siapa sangka kan, tarikh 26 Disember ni, tarikh baby Zazza Teahara berumur 9 bulan, ntah macam mana pagi tadi masa nak masuk parking kat basement office, saya boleh bergesel dengan tiang!!!

Arrrggghh tensionnya.. Kemek pintu belakang keretaku! Tak penah2 ku accident, bergesel begitu pun dah cukup buatku sedih! Macam mana nak mengadap suami ni???

Nak amek gambar pun tak sanggup, sebab tak sanggup nak tengok kesan langgar tu.. Ntah kenapa ku kelam kabut sangat pun ku not sure, eh yes, I was late... So, bersedia la mengadap suami & yang paling penting sediakanlah duit nak tukar pintu tu.. Ada kawan kata tak boleh ketuk pintu tu sbb nampak macam teruk! 

I hate myself for being clumsy & careless!!!!


Apa2 pun bersyukur jua tiada yang lebih buruk berlaku.. Dahla Zarra ada dalam kereta masa tu.. Syukur.. Selebihnya ku berserah, mahal macam mana kosnya kena jugak la repair kan, takkan lah nak biarkan kereta gitu!

Sunday 23 December 2012

Putrajaya di hati..

Dah lebih setahun saya dan family bermastautin di Putrajaya.. Ramai pun tau Putrajaya punya tempat2 menarik. But to me, bila dah duduk Putrajaya ni, barulah tau yang Putrajaya ni sangat tenang dan mendamaikan.... Kurang sesak dan kurang pencemaran... Love being in Putrajaya, always...

Kalau orang luar datang Putrajaya macam wajib ke area Masjid Putra. Bawah masjid tu pulak ada tempat makan & tempat naik Cruise Tasik Putrajaya... 

Satu hari di hujung minggu, ku ajak hubby keluar jalan2.. Nak gi jauh, tak boleh sebab hubby nak kerja malam tu.. So untuk tidak menghampakanku, hubby bawak la gi area Masjid Putra tu.. Punyalah ramai orang, weekend la pulak kan.. Tourist pun ramai... Orang lain pakai cantik2, kami pakai macam nak gi pasar je.. Taulah rumah dekat kan! Hahahah..

Nice view kan..

Bila la nak dapat naik Cruise Tasik ni? 1 day, sure.. 

Love this pic! Tiya suka sangat kena lambung2 gini.. Dulu kakak pun ada pose depan JPM ni.. 

My heart and soul.. Zarra sangat susah diajak bergambar sekarang, tengoklah apa rupa muka dia tu.. Muka ala-ala 'apahal ni Mummy, asyik amek gambar je..'

Siapa yang tak pernah datang Putrajaya, datanglah.. Bebas jam kecuali kat Alamanda masa hari Jumaat.. hahahah... Kalau ada rezeki nak sangat beli rumah kat Putrajaya, tapi rasa macam tak mampu je.. Takpela, buat masa ni, selagi belum ada rumah sendiri lagi, duduklah kat kuarters Presint 5 tu.. Best jugak! Alhamdulillah.. saya bangga menjadi warga Putrajaya! Eh??

Friday 14 December 2012

Alahai si kecik...

I don't know what happened to her.. Lately ni asyik demam, selesema & batuk sampai berkahak...

Hari tu masa kat Melaka for my family day, malam masa dinner tu tiba2 badan Tiya dedar.. Nasib ada bawak ubat demam.. So dah makan ubat tu peluh & lena la dia sampai pagi..

Pagi tu pun masih dedar, ku celup dia dalam swimming pool! Ha menggigil member! 1st time masuk pool, tgh tak sedap badan pulak tu.. Sorry sayang! :)

This week ku hantar dia gi taska macam biasa... Demam dia on off, bagi ubat ok, tapi selesema & batuk makin melampau pulak...

Cannot wait anymore, semalam hubby ajak pergi jumpa Dr. Saiful.. Sebab nampak dia mcm serasi dengan ubat dari klinik Dr. Saiful tu....

Doktor cakap nafas dia dah berbunyi & apa lagi, kena nebuliser la.. Meraung sampai 1 Kajang dengar rasanya! Kesian adik... Ku mintak semua jenis ubat kat Dr. Saiful.. Last time dapat antibiotik & ubat paru-paru je... So ni la ubat Tiya... 

Banyak kan! 5 jenis semuanya..

Nasibla Tiya ni jenis senang makan ubat.. Menganga jela kerja dia bila kita nak suap.. Kos semalam RM75... Not bad untuk harga di klinik pakar... 5 jenis ubat + nebuliser + consultation yang sangat bagus... Dr. Saiful, ku akan jadi pelanggan setiamu tapi jangan doakan anak2 saya sakit selalu ye.. Hahahah...

Ubat Dr. Saiful ni macam ajaib la.. Ada sejenis ubat tu makan malam je sebelum Tiya tido.. Lepas tu dia tido lena betul, takde batuk2 pun... Dasyat pulak ku rasakan... Tak kisahla apa2 pun, Tiya cepat sihat ye!

Thursday 13 December 2012

I want a new watch!!!

Ku jarang menginginkan sesuatu... But this time I really want a new watch...

Jam hantaranku yang diterima 4 tahun sudah, dah ditamatkan perkhidmatannya... Mula2 ingatkan bateri kong, pergi la tukar bateri... Bayar saje2 RM15 kat kedai jam, tak bergerak pun sudahnya jam tu.. Sedih!! Frust jugak sebab jam tu byk nostalgia.. :(

Mind set ku ini, kalau kata watch je mesti dah terfikir harganya harus RM300 ke atas... Ish sayangnya duit nak membeli jam je sampai 300 lebih.. Memanglah next week dapat bonus, tapi komitmen lain dah menanti.. Yuran tadika Zarra je dah RM800 lebih... Pengsan!!


But I really need a new watch!!!! Tak boleh bergerak keluar rumah tanpa jam tangan la....

Ada tak watch range 100+ je??

Tiba2 kawan2 ofis & kakakku kata ada.. Jam Casio ada harga begitu... Ku survey2 di web, eh iyelah, memang ada jam dalam range bajetku itu... Yes!!! So next week bolehlah ku membeli jam baru...

Buat jam Guess, jasamu tetap ku kenang... Tapi atas advice kawan2, nak beli jam better beli jenama watch maker, bukan jenama2 yang tak spesifik buat jam, sebab kualitinya lebih terjamin.. Yang penting tak mahal sangat!


RM109??

 RM149??

                                                          RM99?? Lagi tak caya...





Wednesday 12 December 2012

Family Day BPDN.. Story #1

8 dan 9 Disember 2012, hari istimewa untuk kami warga Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia..

Semua pun ke A' Famosa Resort, Melaka.. Menginap 1 malam di Condo D' Savoy.. Acara bermula jam 5 petang, iaitu acara sukaneka...

Saya & husband masuk 1 acara couple, main baling2 belon yang berisi air.. Haruslah kalah! Hahahah.. 

Lepas tu saya pulak masuk acara berkumpulan -- Tren Rosak.. Yang ni dapat tempat kedua..

Zarra pulak masuk acara untuk kanak-kanak berumur 3-5 tahun, Padan dan Suai.. Dia dapat no.3.. Cayalah Zarra.. Pandai, saya pesan kat dia, lari sana amek gambar Mickey Mouse, lepas tu lari laju2.. Pandai ikut arahan.. Dah besar dah Zarra...

Adik ipar saya (hubby's bro) yang saya bawak pulak masuk acara untuk 13-15 tahun -- Sumpah 3.. Yang tu dia jadi Juara.,. Wah hebat!

Untuk acara keluarga, acara Mumia.. saya balut Zarra, nangis2 budak tu.. Hahaha.. Mangsa keadaan betul! Jom tengok gambar....

 Barisan suami yang macho2..

 Para isteri kusyuk mendengar arahan daripada Faiz..

Ready for the game!

 Tangkap bang!

Maman (adik Hubby yang berbaju hijau) dalam acara Sumpah 3!

Zarra mangsa jadi mumia..

 Dah nangis dah dia, agaknya dalam hati dia cakap, 'apalah dosa Zarra sampai kena balut begini..' hahahah ampunkan Mummy wahai Zarra..

Tengok si Mumia kecik tu.. Muka pasrah dan redha je..

 Tiya yang diasuh oleh kawan2 Mummy sepanjang kesibukan Mummy main games.. Hahahah..
 Thanks Syirah!

 Happy benar kau ye!

Habis sukaneka, balik kondo, mandi & siap cepat2.. Semua nak gi majlis makan malam pulak.. Memang kelam kabut la siapkan dua anak, mana diri sendiri nak make-up berlebih sikit... Busy sungguh aih! Majlis makan malam tu pun meriah.. Nanti saya citer pasal tu pulak ye!

Pics 'dicilok' daripada kawan2 sbb tak sempat nak amek gambar! Thanks Puan Ijang & Kak Wan..

Tuesday 11 December 2012

Tragis..

Post ini agak tragis.. Nak kata saksi tak jugakla, but i was there masa kejadian.. Cuba nak capture gambar tapi dan2 la bateri bb kong masa tu..

Di jalan yang biasa saya lalu hari2, untuk hantar dan amek Tiya dari taska.. Dari Presint 5 ke Desa Pinggiran Putra...Perjalanan biasanya kurang 10 minit, tapi hari tu (7 Disember 2012), trafik jam menggila.. Nak ke Taska Tiya makan masa sampai setengah jam.. Dah agak dah mesti ada eksiden...

Hujan lebat masa tu, dalam kereta Zarra tanya macam2... Sampai kat lokasi kejadian, ku nampak kereta Perdana warna gold terputus 2.. Bahagian bonet kereta tu masih elok, tapi bahagian belakangnya remuk betul.. Ku nampak van ambulans pergi.. Dalam hati ku berkata "dasyatnya eksiden ni, kalau driver tu hidup lagi, memang panjang umur dia.." Melihatkan keadaan kereta yang remuk & langgar tiang lampu tu, macam mustahil la drivernya hidup.. Tapi tak nampak pulak mayat ke apa ke...

Dah lepas tempat tu, ku terus amek Tiya.. Nak balik ke rumah, lalu juga jalan yang sama tempat eksiden tu... Nampak polis trafik suruh semua kereta slow & himpit ke kiri jalan.. Ku dah tau ada eksiden, so ala2 kepochi memang dah slow la keretaku itu... Dan tiba2 Zarra tanya, "Mummy, kenapa orang tu tido kat atas jalan?" Subhanallah, baru nampak ada orang meninggal!!! Mayat dah ditutup dengan plastik putih & ada kesan2 darah....

Walau dirimu tidak dikenali, ku doakan moga arwah Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17 tahun, tenang di sana.. Al-Fatihah...


Berita penuh di sini!

Mulai saat itu, serik rasanya nak drive laju2 kat kawasan tu.. Walau dah terlambat nak punch kad, takpelah, biar lambat asal selamat....

8 Months Old Baby..

Terlewat nak buat post pasal Zazza Teahara masa berumur 8 bulan... Dah 8 bulan lebih dah, hujung bulan ni 9 bulan... Eh cepat betul la dia besar...

Umur dah 8 bulan lebih tp tetap maintain kecik genit comel lote... Lambat betul berat dia naik, rasanya baru 7kg kot, sbb check up sebelum 8 bulan hari tu dia baru 6.5kg.. Ala ala kecik je dia....

Baru2 ni dia demam, demam on off, lepas tu batuk berkahak & selesema.. Dah bawak pergi paed kat Kajang --- Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful.. Dr. Saiful ni siang2 kerja kat Kajang Plaza Medical Center, petang je baru dia bukak klinik tu.. Alhamdulillah la, bila dpt antibiotik & ubat kuatkan paru-paru, nampakla perubahan.. Malam2 dah tak batuk teruk macam dulu2 dah...

Teruskan menjadi baby yang sihat ye anak Mummy....


Yay dah boleh berdiri dah dia... Macam cepat, mungkin sebab badan dia ringan kot...

Mulut dah bising dah... "ta ta, ba ba, ya ya.." Kakaknya perasan adik panggil kakak, abah pun kadang2 perasan si anak panggil Abah.. Mummy gak relax sbb memang mustahil la kan dia nak panggil Mummy.. Kakaknya dulu mula panggil Mummy masa umur 1 tahun 4 bulan...

Tak kisah la sayang, Mummy sayang Adik sangat2.. Macam dah serasi pulak panggil dia adik.. Orang lain je panggil dia Tiya.. Teacher Taska dia panggil dia Zazza.. Adik, Tiya, Zazza, Mummy sayang budak masam ni!

Thursday 6 December 2012

Minggu bz..

Lamanya tak update blog ni! busy sangat2 beberapa minggu ni...

Sungguh2 busy tau, bukan buat2 busy.. Busy dengan urusan pejabat & urusan anak2..

DoubleZ ku -- Zarra Sophea & Zazza Teahara last week, dua2 pun demam.. Dah la demam, masing2 selesema meleleh & batuk berkahak.. Ada hari saya EL, ada hari hubby jaga, bila dah tak demam hantar dua2 gi taska tapi tetap standby ubat mana tau demam datang balik..

 Kakak demam... dan pengsan!

 Adik demam jugak, tp senyum...

Lepas tu last week saya kena bertugas di Perhimpunan Agong Umno kat PWTC.. First time dapat bertugas kat sana, ala2 'peghak' sikit tgk suasana sepanjang perhimpunan tu... Sana sini merah putih, sana sini pink putih.. Semangat sungguh depa!


 Sorrylah gambar cap ayam sikit.. Masa ni tiba2 tak reti set flash! Hampa!

Me & Hidayah boss kecikku! :)

Dalam masa yang sama, saya dan kawan2 sibuk uruskan hadiah2 untuk family day ofis!! Saya ditugaskan sebagai AJK Hadiah dan Pengacara Majlis.. AJK yang 1st tu bestla, saya suka bab2 membeli-belah ni.. Tapi bab kena jadi pengacara majlis tu debar sikit! Ish ish ish, geli perut dah ni...

Family day tu akan berlangsung Sabtu ni (8 Dis) di A Famosa Resort, Melaka.. Excitednya!! Saya dah daftarkan Zarra untuk masuk pertandingan pakaian beragam.. Baju & aksesori dia pun dah siap dibeli.. Weeee Mummy excited lebih.. Kalah menang belakang kira, janji saya nak Zarra jadi berani depan orang ramai! :) Apa temanya? Rahsia!! Nanti saya update ye..


Doakan semua berjalan lancar ye!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...