Tuesday 30 October 2012

Happy 3rd Birthday Abang & Kakak...

Happy birthday Abang Daniel & Kakak Mia... 3 tahun dah, sebaya Zarra & sangat kamceng dengan Zarra!


 

Date: 21st October 2012
Venue: KFC, Carefour Ampang
Theme: White



Zarra in white, dia tgh demam campak masa ni, early stage..
 
Tiya in white (muka mengantuk)
 
Mummy in white

Abah in white

The cousins in white..

Birthday party, standard la ada games kan.. Budak2 tak main sangat, mak2 yang lebih.. Hahaha..



Ada Chicky!! Budak2 semua takut, Zarra je yang relax siap gi peluk Chicky tu.. Birthday twins la paling takut, masa nak potong kek kena halau Chicky tu, selagi ada Chicky, selagi tu budak2 tu meragam.. Hahaha macam2!



Look at them! Happy birthday Abang & Kakak.. Moga kalian membesar sebagai anak yang sihat, cerdik & berjaya..


 Hey Zarra!! Buat apa tu?? Lupa terus demam campak dia tu! :)

 Abg Daniel sayang adik Tiya...

 Kakak Mia pun sayang adik Tiya..

Tiya buli Shakir! Tak padan dengan kecik..

Simple je celebration ni, anak2 happy sangat2, lari sana sini mcm KFC tu diorang yang punya! Thanks Kak Aby & Abg Zani, next year panggil lagi ye! :)

Wednesday 24 October 2012

Campak oh campak..

Campak/chicken pox.. Memang biasa la kan kena kat budak2..

Zarra kena campak Sabtu lepas.. Ku ingatkan apa, siap picit 2 bijik yg ada kat tepi telinga dia tu.. Sakitla dia kata, sekali selak2 rambut dia, hah penuh bintik2.. Badan lak memang mcm 'dedar' sikit... Oooo demam campak rupanya anak Mummy ni..

Ada budak kena awal, Zarra ni dah 3 tahun lebih baru kena.. Okla, dia pun mcm agak kuat, dah faham bahasa lagi senang.. Kita cakap jangan garu, dia tak garu, kalau gatal dia dtg cari Mummynya mintak gosokkan tempat gatal tu...

Ahad, makin banyak bintik2 yang keluar. Called Udin, katanya bagi makan paracetamol & sapu calamine lotion.. Memang semua tu ada la kat rumah, nasib baik.. Dahla Ahad tu ada 2 majlis makan-makan, Zarra dah tau lak nak gi jalan.. Maunya dia nak duduk rumah.. Keluar la jugak, aktif pulak tu budak demam campak tu.. Berlari tak ingat dunia masa kat luar, cuma dia kurang selera makan...

Isnin, hubby hantar Zarra ke rumah Nenda nya while i'm working.. That's the best thing to do sebab takut berjangkit dengan adik Tiya.. Tiya tu dahla belum kena vaksin campak...

So sekarang, Zarra masih kat rumah Nendanya, masih dalam recovery process.. Daun semambu semua dah ada, ubatkan dia dengan cara apa sekali pun, asalkan dia sihat cepat!

Get well soon anak Mummy.. Esok Mummy amek Zarra ye!



Kesian dia, lemah je kat rumah Nenda dia..

Tuesday 16 October 2012

Simple tapi bermakna...

Post kali ni, saya nak kongsi 'quotes' atau kata2 motivasi yang saya dapat masa pegi kursus last week...

Semua simple je sebenarnya, tapi kalau difikir sangat bermakna!

"Kekuatan kita adalah ketika kita tenang..'

"Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tapi jangan minta nasihat daripada sesiapa sahaja.."

"Kita dilahirkan sebagai JAGUH tetapi proses pemeradaban menjadikan kita katak puru.."

"Bangun pagi dengan semangat positif, maka kita akan positif hingga ke malam.."

Kata-kata ni antara yang saya ingat, banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang paling memberi kesan.. Bermakna sangat.. Jadi bangun pagi lepas ni, tetapkan 1 semangat positif pada diri, jangan negatif-negatif tau! Semangat positif tu akan menjadikan kita hebat seharian! :)


3 hari yang bermanfaat!

3 hari tinggalkan anak-anak dan suami...

Nun jauh ke JB, niatnya untuk berkursus....

KSL Hotel & Resort lokasinya, hotel 5 bintang yang sangat cantik... Bilik besar, cantik, makanan sedap, hall kursus pun cantik & selesa.. Siap ada shopping mall kat bawahnya!

Ku fikirkan kursus ni sama je macam kursus2 lain, yang pastinya akan ada masa bosan, masa mengantuk, masa malas nak gi kelas... Rupanya tidak! 3 hari, boleh ku katakan sangat memberi kesan padaku, banyak sangat ilmu ku dapat, takde pun perlu salin apa2 nota, dengar aje, tapi punyalah best & ibaratnya masuk telinga kanan tapi tak keluar pun kat telinga kiri! Hahahah...




Dua penceramah dari Human Specialist Resources -- En. Abdul Razak & Dr. Mohamad Aziz, dua persnaliti yang punya latar belakang yang sangat menarik & hebat! Melalui 2 orang ini, ku belajar mengenal potensi diri, apa kelebihan dikeluarkan, apa kekurangan diatasi, setiap orang dilahirkan dengan sifat semulajadi tersendiri, kita sendiri yang perlu 'push' diri kita menggunakan kelebihan yang kita ada!

Sejak gi kursus tu, ku menjadi lebih positif.. Rasanya tiada yang mustahil dalam dunia ni, kalau kita nak, kita mampu lakukan.. Wah semangat sangat dah aku ni! Hahaha.. 







Kumpulan aku -- Dragon The Best! Kenapa Dragon? Sebab masa nak letak nama tu, En. Abdul Razak suruh letak nama benda, manusia, atau binatang yang kuat! Dragon jadinya.. Aayuni, Syirah, Dilla, Soon & aku sendiri, daripada malu2 terus jadi agresif! :)






See, that's my attitude!



 Syirah, Dilla, Aayuni & me!

 Posing jela kerja kau kan! Hahaha...


All of us! Tak ramai pun peserta kursus ni tapi cukup meriah!


Nanti ku nak kongsi "quote" motivasi yang ku dapat masa kursus tu k! Banyak yang best2....

Kesimpulan, 4 jam perjalan ke JB dengan 0 dan 4 jam perjalan pulang ke Putrajaya dengan penuh isi.. InsyaAllah aku ku manfaatkan dalam hidup seharian..

Sunday 7 October 2012

29th birthday..

It's 7th October.. Alhamdulillah syukur masih berpeluang meraikan ulang tahun kelahiranku yang ke-29..

Final year as 20s.. Age is just a number, yes, that's right, apa yang penting pengalaman hidup selama 29 tahun ini mengajarku erti dewasa, mematangkanku, menjadikanku lebih kuat & mendidikku menjadi insan sempurna.. Walau sedar tiada siapa yang sempurna di dunia ini, namun ku cuba untuk menjadi hampir sempurna...

Abah & Mama, terima kasih atas segalanya, atas sokongan dan dorongan tika susah mahupun senang.. Susah payah Abah dan Mama besarkan Angah tak terbalas rasanya, hanya Allah yang mampu membalasnya... Angah sayang kalian sampai mati..

Adik-beradikku -- akak, Zafrie, Udin & Affan, pengalaman semasa kita kecil sentiasa terpahat dalam ingatan Angah, moga hubungan kekeluargaan kita aman selamanya..

Hubby sayang, perkenalan sejak kita berumur belasan tahun sehingga ke hari ini menjadikan kita saling memerlukan & terima kasih atas pengalaman suka duka selama ini.. Our DoubleZ make us stronger day by day...

Friends from all over places, terlalu ramai untuk disebutkan satu per satu, kerana bagi saya, anda semua sahabat, tiada musuh di hati ini, terima kasih kerana menceriakan dan melengkapkan hidup Zaf!

Sayang semuanya, doakan yang terbaik untuk saya....

Saturday 6 October 2012

Doa untuk sahabat..

Setelah setahun Yana mendirikan rumah tangga, 1 Oktober lepas Yana selamat melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Putrajaya...

2 Oktober, saya & kawan2 pergi ke Hospital Putrajaya untuk melawat Yana & baby girlnya.. Tapi kurang bernasib baik sebab Yana masih di wad observation, sebab ada tekanan darah tinggi. Cuma berpeluang tengok & cium baby girl dia yang cute & bam bam.. 3.38kg, bulat!

Malam 2 Oktober, suami Yana sms, katanya Yana masih belum keluar dari wad observation tu, dan baby pulak kena masuk NICU.. Ya Allah, banyak sungguh dugaan Yana hadapi...

3 Oktober, Yana keluar dari wad observation & masuk wad biasa. Khabar dari kawan yang melawat Yana, Yana terlalu sedih sebab masih belum berpeluang peluk & susukan babynya.. Dia dah ok baby pulak masuk NICU..

4 Oktober, sekali lagi ku melawat Yana.. Kali ni dapat jumpa Yana tapi tak dapat jumpa babynya.. Yana nampak kuat, walaupun dioperate.. Kuat macam mana pun, dia lemah bila tengok baby dia.. Daripada gambar yang ditunjuk padaku, rasa macam nak menangis tengok baby Yana.. wayar & tiub sana sini kat badan baby kecil itu.. Kita yang bukan maknya pun rasa macam nak menangis, apa lagi la perasaan Yana...

Babynya disyaki termakan najis sendiri semasa dalam kandungan... Malam sebelum dia dimasukkan dalam NICU tu, nurse cakap dia muntah & keluar benda2 pelik.. Subhanallah..

Sehingga hari ini, baby Yana masih di NICU.. Lagi sedih pabila baby sekecil itu masih tidak dibenarkan menyusu...

Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkan segera kedua-dua anak dan ibu itu, moga mereka berdua sihat segera dan kurniakan kekuatan kepada Yana untuk menghadapi ujian ini.... Aminnn...

Me & Yana...

Kursus!!

Kerja gomen dan kursus, standard.. Memang tak dapat dipisahkan! Hahaha.. Syarat perkhidmatan, kena hadiri kursus selama 7 hari setahun.. 7 hari, mcm sikit, tapi susah gak tau nak cukupkan dalam masa setahun..

Awal tahun rasa mcm awal lagi nak kursus, relax la.. Katanya.. 

Tengah tahun dah cuti bersalin 3 bulan pulak sampai bulan 7..

Dah hampir hujung tahun ni baru menggelupur nak cari kursus... Check dalam buku log latihan. ku baru pergi 3 hari kursus.. Baki 4 hari lagi mesti dilengkapkan sebelum tahun 2012 berakhir...

Jadinya, minggu depan kena pergi kursus.. Kena! Wajib!! 


Kursus Pemerkasaan Diri.. Gitu, perkasa la lepas ni! Hahaha... 

3 hari 2 malam kat JB, mesti menarik sbb ada geng! Dah lama tak pergi kursus jauh2, tahun lepas memanjang keluar KL je, tahun ni, ni la baru nak keluar..

JB.. aku datang!!! Legoland?? JPO?? Oh no! Ni nak kursus ke nak berjalan?

Monday 1 October 2012

6 bulan...

Alhamdulillah, baby Tiya genap 6 bulan 26 September lepas...

Dah boleh mula bagi makan....

Makan banyak2, cepat besar ye anakku... So far, weekend je saya masak bubur untuk dia.. Weekdays, taska memang sediakan bubur untuk dia.. Malam saya bg dia makan biskut atau nestum. So far dia nampak macam 'berminat' nak makan...

 Nampak mangkuk & sudu je dia dah excited!

 "Berjalan" menuju ke walkernya.. habis 1 rumah dia 'vacum'...

 Cak!

Dua nyawa Mummy...

Progress: Dah menjulur laju sangat, & dah mula angkat punggung nak merangkak...

Berat masa checkup baru 6.1 kg.. Ala2 kecik genit je.. Tak kisah la, janji Tiya sihat sudah... And so far saya sangat puas hati dengan taska Tiya, hari2 amek Tiya wangi je, botol susu pun bersih.. Harap2 berterusanlah kualiti sebegitu.. Tinggal anak pun tak risau.. Syukur...

Ya Allah Ya Tuhanku.. berikan kesihatan yang baik pada Tiya dan Zarra.. lindungi mereka di mana jua mereka berada.. Amin...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...