Sunday 29 April 2012

Nurse datang!

Mungkin orang lain dah ada pengalaman ni.. Saya baru 1st time! 

Dulu masa pregnant Zarra, saya tak pernah gi check up kat klinik kerajaan. Semua buat kat swasta.. But masa pregnantkan Tiya, saya check up kat klinik kerajaan & swasta jugak.. 

Bila dah check up kat klinik kerajaan, baru lah ku tahu rupanya lepas je bersalin, nurse akan datang rumah utk check ibu & anak.. Mcm culture shock gak bila 1st time diorang datang rumah, excited pun iye gak!

Apa diorang buat? Kat ibu, diorang check tempat bersalin la.. As for me yang bersalin ceaser ni, nurse check tempat operate tu la. Lepas tu check tekanan darah sekali..

Kat baby lak, nurse check ada jaundis ke tak (luckily dua2 anakku bebas jaundis), lepas tu check pusat, timbang berat & apa lagi ek? Ntah, diorang belek2 la baby tu.. 


 

Ni la nurse2 yang datang rumahku.. Ingatkan diorang datang sekali tu je, rupanya banyak kali gak, 4 kali rasanya.. Last sekali diorang bagi date untuk check up post-natal & cucuk baby sebulan.. Bagus kan servis kerajaan..:) Tapi bagi ibu yang berpantang kat kampung, mungkin tak dapatla rasa pengalaman ni.. Ke ada gak? Siapa ada pengalaman?? Cer citer..:)

Sunday 15 April 2012

Cerita 3 minggu lalu..

Hari ni genap 21 hari umur baby Tiya@Zazza Teahara.. Maknanya genap 3 minggu dah saya bersalin & berpantang!

Baru ada masa nak cerita pengalaman 3 minggu lalu... 

Ceritanya camni... 25 Mac 2011 petang, Hubby ajak jalan2 naik LRT pusing2 KL. Alasan - Zarra nak naik tren & konon2 nak bagi senang saya bersalin la kalau banyak berjalan.. Memang jalan bagai nak rak. Dari Putrajaya gi parking kat KLCC. Naik LRT gi Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek jalan kaki ke Jalan TAR (kebetulan Sabtu ada pasar malam). Rest jap minum2 kat Sogo. Pastu naik LRT lagi gi Masjid Jamek & KLCC. Kat KLCC jalan lagi window shopping sambil sempat tengok konsert F1 kat depan KLCC tu! Hamek kau nak sangat jalan kan! Sampai rumah dah almost 11pm... Penatnya mak aih!

Tengah syok2 tido, dalam kul 1.30am saya rasa perut mcm tak sedap. Keras je.. Cuba untuk tido, tapi gagal. Asyik mengeras sampai tak lena.. Informed hubby, dia suruh monitor dulu...

Cuba lagi untuk tido tapi masih failed! Last2 kul 4.30am hubby suruh siap2 gi hospital. Terpaksa la dia dukung Zarra yang tengah sedap tido.. Kesian Zarra... Penat berjalan naik LRT, tengah sedap2 tido dikacau!

Terus gi Dewan Bersalin Hospital Putrajaya..

Ding dong saya tekan loceng sbbnya gelap je tempat tu, nurse pun takde!

Nurse: Ye puan?
Me: Saya rasa mcm saya sakit nak bersalin...
Nurse: Bawak buku merah?
Me: Ada.. (teringat lagu Zizan & Kaka -- buku merah jangan lupa bawa... for me, bukanlah pasport, tp buku ante-natal!) :)
Nurse: Tapi wad dah penuh tau puan, kita check puan dulu, kalau dah dilate banyak puan kena pergi hospital lain...
Me: Tapi saya FPP nurse, penuh jugak ke? (FPP stands for Full Paying Patient scheme.. skim bayar sendiri 100%)
Nurse: Oooo.. nasib puan cakap.. Ok2 FPP takde masalah.. Puan bawak kain batik? Masuk dalam kita check...

Bayangkan kalau saya tak amek FPP? Ish tak dapat nak bayangkan... Masa tu saya sorang je patient, tapi lepas tu ada lagi 2 org datang dah sakit2 nak bersalin, tapi mendpt jawapan yang menyedihkan iaitu wad dah penuh!

Saya pun masuk lah dalam tu, di heck segalanya, baring je tunggu itu ini, sambil ditemani suara Zarra bersembang dengan Abahnya di subuh2 hari kat luar tu.. Perasaan? Haruslah nervous tp excited!

Keputusan check -- baru dilate 1cm, ingatkan boleh balik dulu, tapi mungkin sebab FPP kan, gynae ku yg dihubungi nurse suruh hantar saya masuk wad, rehat kat wad katanya...

6am, masuklah saya ke dalam wad Eksekutif 5A, bilik 12. Duduk la sorang2 sebab Hubby gi Cheras hantar Zarra kat Mama...




Ini lah rupa wad eksekutif Hospital Putrajaya.. Cantik, selesa & masa tu saya sorang je patient! Hahaha...

Saya admitted 25 Mac 2012, sehari saya duduk kat wad, dengan rasa sakit yg ala-ala manja je, siap boleh tidur lena lagi, maknanya tak sakit sangat la kan.... Doktor datang pun sekali je (sebab Ahad kan,doktor pun cuti!) Sabar jela...  Selebihnya nurse yang monitor.. Sudahnya, tak bersalin pun hari tu walaupun dah penat saya tawaf wad konon2 nak bagi dilate cepat!

26 Mac 2012.... Masuk hari baru! Apa jadi?? Jom baca part 2 pulak k! :)

Cerita 3 minggu lalu.. Part II

26 Mac 2012 -- seawal 9.30am, doktor datang.. Check bukaan, masih 1cm.. Apahal ntah, dari semalam tak bukak2 pun! Bosan dah ni... 

So apa doktor buat? Dia induce, katanya untuk cepatkan bukaan..

Saya cakap kat dia, jadi ke? Sebab saya dah ada pengalaman dulu masa nak lahirkan Zarra, induce jugak tp sampai 24jam tak bukak banyak pun, sakit je lebih.. Doktor kata dia bagi 6 jam, kalau menjadi, rahim akan dilate dalam masa 6 jam tu. Kalau tak dilate jugak, kita buat cara lain... Adoi, boleh main eksperimen pulak time2 ni.. So saya relakan diri diinduce, dan bersedia juga untuk sakit!

6 jam berlalu.. Sakit tak? Tak sangat pun! Doktor pun datang dalam pukul 5pm.. Dia check bukaan.. Keputusannya? 1cm jugak! Damn!! Kan udah ku bilang, mcm sama je kes masa bersalinkan Zarra dulu..

Me: So mcm mana doktor?
Doc: Progress dilate awak sangat slow... Kalau nak induce lagi sekali, tak boleh buat hari ni, kena buat esok sebab awak ada ceaser scar yang lama.. 
Me: Doktor yakin ke kalau induce lagi sekali esok dia akan bukak? Nanti jadi mcm dulu doktor, sakit je lebih, bukak tak pun!
Doktor: Tu saya tak boleh jamin.. Saya cadangkan kalau awak tak yakin, kita ceaser je malam ni...
Me: Uuurrrmmm ceaser lagi? (Saya tengok Hubby, Hubby angguk..)

Uuuuwwaaa macam nak nangis!!!

Sudahnya keputusan dibuat, c-sect kul 10 malam, sebab saya ada minum air kul 4pm tadi, so kena puasa 6 jam. Doktor kata kalau saya tak minum air kul 4pm tadi, petang tu jugak dah bole ceaser... Takpela doktor, lambat ke cepat ke saya berserah je! 

Dalam hati mcm nak menangis kuat2! Terus tak bercakap dengan Hubby walaupun Hubby pujuk everything will be fine! Giler ke apa, takkan nak happy lak bila tau perut nak kena potong malam nanti.. Dah tu potong tempat yang sama lak tu!!

10 malam dinanti... Sementara tu sembang2 dengan Hubby & Tina (my bff) yg setia menemaniku & curi2 menunggu..hahaha (dah lepas waktu melawat tak boleh lebih seorang teman kat wad). Sembang dalam keadaan sakit, sebab ubat induce dah 'jalan'..

10.30 malam, nurse datang! Masanya telah tiba! Naik atas stretcher, dan berserah je! Perasaan masa tu? Rasa macam nak kena cabut nyawa! Takut sgt! Dalam hati tak berhenti2 mengucap, selawat, baca la segala apa yang terlintas.. Selebihnya hanya berserah moga saya dan bayi akan selamat...


 Dari wad ke operation theatre..

Ku serahkan diri pada barisan doktor pakar, nurse2 pakar, maka bermula lah sessi pembedahan yang memakan masa hampir 1 jam (ke lebih?). Bermula dari bius saraf di bahagian belakang, lepas tu cucuk masukkan jarum & air di belakang tapak tangan kiri, tangan kanan dipasang mesin tekanan darah, kaki dah mula kebas & berat, topeng oksigen diletakkan ke hidung, kain penghadang antara muka dan badan dinaikkan (saya tak nampak la apa diorang buat kat bawah tu, tapi semuanya boleh didengar dengan jelas!), dan lepas tu doktor pun mulakan tugasnya.. 

Tak lama, lebih kurang 15 minit lepas badan digegar2, ditolak2, tiba2 dengar bunyi baby menangis! Masa tu saya rasa sayu & sedih sangat, tapi air mata tak boleh nak keluar, lebih pada rasa lega sebab saya dah tau yang baby saya selamat. Diorang tak tunjuk baby tu terus, dia dibersihkan dulu sambil membiarkan Mummynya mendengar tangisannya yang tak berhenti! Subhanallah..

Baby dah selamat! Mummynya, belum selesai lagi.. Proses jahit menjahit pulak, siap saya dengar bunyi mcm bunyi vakum, mcm bunyi stapler, bunyi pisau gunting berlaga2 segala, maka selesai segalanya dan saya dihantar ke wad dalam pukul 1.30am..

Selamat segalanya.. Rasa lapar (sebab puasa dari jam 4 petang), tapi dilarang makan/minum sampai esok! Lepas tu rasa mengantuk, tapi tidur terganggu sebab rasa sakit yang datang. Bila sakit, saya tekan remote yg dipasang ubat penahan sakit. Lega sikit, saya tidur, tapi saya perlu terus susukan baby, dgn bantuan  Hubby walau dalam keadaan terbaring dan sakit.. Tidak mengeluh, malah bersyukur sebab Allah kurniakan kesabaran yang tinggi pada saya!

11.56 malam, 26 Mac 2012, lahir lagi seorang puteri istimewa dalam hidup saya dan suami, yang pastinya memeriahkan hidup kami bersama si kakak Zarra Sophea.. 

 1st shot of her.. Thanks Mama, Abah, Abah & Mak mertuaku serta Tina yang sanggup datang hospital malam2 semata2 untuk bagi semangat & jadi saksi terawal 'anugerah Allah' ini..

Sunday 8 April 2012

Another bundle of joy!

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak update blog ni.. Ni pun curi2 masa update pagi2 masa baby tengah tido..

Alhamdulillah, Lil-Z telah selamat dilahirkan, pada 26 Mac 2012, 11.56pm (eh sipi2 je nak masuk hari baru dah..) di Hospital Putrajaya..

Puteri kedua ni diberi nama Zazza Teahara... Maksudnya keharuman asli..Saya & husband sepakat nak panggil baby ni Tea atau 'Tiya' sebutannya.. Susah nak cari nama ni, baby Tiya umur 10 hari baru Abah dia gi register. Sebab apa? Sebabnya kami standby nama lelaki je,tup2 kuar gegirl da... hahahah..

Masa saya pregnant almost 6 months, scan nampak lelaki.. Tapi bila jumpa specialist masa pregnant 8 bulan, 9 bulan, Dr. Hazim macam was2 lak.. Dia kata dia tak nampak pun baby tu lelaki.. Ah sudah! Jadinya, saya pun tak berharap dah la akan dapat baby lelaki, beli barang pun semua color universal, yang selamat untuk dipakai kedua2 jantina...

11.56 malam, 26 Mac, saya dengar baby Tiya menangis.. Lepas dibersihkan, nurse datang tunjuk kat saya.. 1st thing saya tanya 'girl ke boy?'.. Ditunjuknya 'anu' dia, sah girl! Hahaha... Takpela baby Tiya, boy ke girl ke, Mummy tetap bersyukur anak Mummy sihat & selamat lahir ke dunia...

Next post, saya akan share pengalaman bersalin kali kedua ni ye.. Got to go, masa adalah amat terhad ketika ini.. hahahah...



Introducing baby Tiya or Zazza Teahara..

Moga anak kecil ini akan harum peribadi, sifat dan personalitinya..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...