Sunday 29 January 2012

She's getting better!

Syukur! Itu perkataan yang tepat, untuk gambarkan perasaan saya ketika ini!

Sebabnya?? Semalam Zarra ada follow up appoinment dengan Paed dia - Dr Vijaya Mohan kat Hospital Columbia Asia Cheras.. Nervous walau dalam hati Mummy tau anak Mummy dah sihat.. Masuk je compound hospital tu Zarra dah takut2, masih fobia & trauma agaknya! Nasib ada Tok Ayah dia, jadinya Tok Ayah la yang dukung Zarra..

Jumpa Paed, Zarra langsung tak nak pandang muka doktor! Gelak je doktor tu! Oksigen level Zarra is 98%! Very good! Tu without oksigen support tu! Dulu masa sakit nak cecah 90% pun payah! Yang lagi best, berat Zarra dah naik!! Masa admitted 13.5kg, semalam 15kg! Alhamdulillah... Doc ckp Zarra sihat, dia pun lega!

Lepas jumpa doc, ajak dia balik, dia kata : "Nanak, Arra nak gi opping!" Amboi, sebijik macam Mummy, sgt suka shopping!

 Dah sampai tempat shopping -- Pavilion! Ada orang dapat kasut baru la...:)

Rambang mata tengok bear banyak!

 Berebut dengan Mummy! Gemuknya Mummy!!


 Hug bear Malaysia!


Selepas beberapa jam... zzzzzz... 

Family day out yang sangat best! Sebab apa best?? Sebab dapat shopping la.. Zarra tido dalam buggy sampai 2 jam, pastu masuk kereta sambung lagi tido sampai Putrajaya.. Senang sikit Mummy & Abah shopping!

Apa yang dibeli?? Kasut & buggy baru untuk Zarra & beberapa pasang baju baby baru.. Hubby lak yang excited suruh beli baju baby, ikutkan saya nak beli serentak je semuanya nanti, nak keluar seharian & habiskan shopping barang baby! Tapi dah dia nak beli, pilih ajela apa lagi! :)

Friday 27 January 2012

Dugaan Januari 2012..part III

Nothing much to say this time, just nak share gambar2 Zarra sepanjang 8 hari 7 malam admitted kat Hospital Columbia Asia, Cheras.. 

 1st day -- baru je masuk wad! Pucat sgt muka dia..

 Pelawat terawal -- Nenda, Tok Ayah, Mama & Papa Opie..

 Abah tengah betulkan wire..

 Masa ni kul 2.30am, Zarra kena nebuliser setiap 2 jam even tengah tido..

 2nd day -- ibu Wani pujuk Zarra makan.. sambil layan main conteng2!

 Nenda yang tak jemu2 datang..


 The only 1 patient! :)

 3rd day -- lepas physio & mandi, cabut wire kejap, let her play & rest for a while! Cantik wad Zarra kan!

 Sepupu kembar Zarra datang, main kejap!

 5th day -- dah tukar oxygen mask, pakai yang masuk hidung terus, so Zarra lebih selesa, senang nak makan, minum & tido! Pose dengan Baby Bop, hadiah dari office mates Mummy!

 Tido dengan selesa, macam takde masalah!

 Lepas mandi -- jeling2 tengok burger!

 7th day -- doc suruh bawak Zarra jalan2, amek angin luar kejap sebab tau dia bosan! Nampak macam makin sihat kan!

Mesin pengukur tahap oxygen Zarra. 95% tu ok sangat, sebab masa ni ada support oxygen. Kalau tanpa oxygen, 90% ke atas dikira ok, sebab tu selagi Zarra punya pecentage below 90% without oxygen, doc memang tak bagi discharge!

Last day -- bersedia untuk pulang! Cabut jarum drip dulu! Nurse nama Hanim ni suka sangat melayan Zarra.. thanks Hanim..

Half of her gifts.. Masa discharged bertambah2! Thanks semua....

Overall, Columbia Asia Cheras yang baru dibuka adalah hospital yang bagus, with great nurses, doctor, services & environment! Syukur la saya ada  amek insurans untuk Zarra last year, jadi Zarra dapat layanan yang tip top daripada hospital swasta.. Visitors datang pun selesa.. Mummy & Abah pun ok walaupun tak ok bila tengok Zarra sakit..

Harap2 ini adalah yang pertama dan terakhir Zarra masuk hospital, serik dah rasanya! Aminnnnn....

Thursday 26 January 2012

Pneumonia!!

Apa itu pneumonia? Pneumonia ni jangkitan paru-paru, yang terjadi di kalangan dewasa dan kanak-kanak. Tahukah anda, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 60% kanak-kanak maut akibat pneumonia! 

Uuuuwwwaaa takutnya! Zarra didiagnosed menghidap severe pneumonia atau jangkitan paru-paru yang serius! Tengok x-ray dia, atas explanation doc, it shows yang banyak kuman dah merebak dalam paru-paru Zarra! Kesiannya dia.. Sejak bila dia kena tak tau, mungkin agak lama cuma kesannya baru nampak sekarang. Tapi dari dulu memang Zarra kalau batuk sangat susah nak baik, demam biasa2 je...

Antara simptom Pneumonia:
- Selesema, batuk dan demam
- Hilang selera makan
- Nafas cepat, sesak nafas

Kenapa ia bahaya? 
Sebabnya paru-paru yang dijangkiti kuman tidak menjalankan fungsinya secara keseluruhan -- maknanya oksigen tidak disalurkan sepenuhnya kepada pesakit!

Sebab tu la Zarra kena dapatkan oksigen supply dari hari pertama admitted sampailah dia nak discharge, cuma level of supply makin berkurangan... Mula-mula 7 liter, makin lama turun ke 1 liter je! Tido pun memang kena pakai oksigen mask tu, kesian tengok dia..

Cara mengubati..
- Antibiotik yang dibekalkan dengan tepat dan teratur, insyaAllah dalam tempoh seminggu hingga dua minggu pesakit akan pulih.
- Physiotherapy -- Zarra kena tepuk2 badan, lepas tu bab yang paling sedih, tiub dimasukkan ke dalam hidung & mulut, kemudian therapist akan sedut kahak & hingus dia! Sehari Zarra kena buat 2 kali, 2 jam sebelum tu dia kena puasa.. To me, bab physio tu sangat seksa, sedih tengok Zarra meraung2, mintak tolong.. Lepas abis physio, dia lapar, lepas makan terus lena sampai 3 jam! Tengok betapa penatnya dia.. :(

Kesimpulannya, simptom2 tu nampak biasa kan, sebab budak2 memang biasa demam, batuk, selesema..  Tapi yang menyebabkan paru-paru diorang ni kena jangkitan sebab diorang batuk berkahak tapi tak pandai buang! Simpan lendir2 dalam paru-paru sampai jadi jangkitan.. 

Parents sekalian, tolonglah amek langkah berjaga-jaga kalau anak2 anda demam, batuk, selesema berpanjangan! 

Mummy sayang Zarra, tak kira waktu susah ataupun senang!

Doc nasihatkan jangan exposekan Zarra pada public sangat, sebab dia masih dalam recovery process & sangat mudah dijangkiti! 

Even Mummy terpaksa stopkan dulu Zarra dari school dia, sebab takut dijangkiti, sampai bila? Not sure! But saya tak salahkan nurseri pun, dah kata pun nurseri, ramai budak, banyak gakla virusnya.. Kita ni yang pilih untuk hantar anak ke nurseri, so, kena la sedia terima, kalau tak nak anak sakit jangan hantar nurseri dari awal! I'm a very positive person.. Takpela, sekarang pun Zarra dah duduk dengan Nenda dia balik, walau terpaksa berpisah semula, I take it as a challenge, asalkan Zarra sihat sepenuhnya!

Dugaan Januari 2012.. part II..

Syukur.. Zarra dah discharged dari hospital on 23rd January 2012.. Selepas 8 hari 7 malam berkampung kat Hospital Columbia Asia Cheras.. Lamanya kan! Ikutkan 22hb dah nampak gaya macam boleh discharge dah, tapi doktor try cabut oksigen Zarra, nampak dia macam kurang yakin lepaskan Zarra, sebab tahap pernafasan Zarra tanpa oksigen masih lemah... :(

I just told the doc, do whatever necessary, tahan la Zarra berapa lama pun, asalkan saya bawak Zarra balik dalam keadaan 100% sihat, or mungkin 95%. Tak nak amek risiko Zarra sakit kat rumah, disebabkan sibuk bebenor nak bawak Zarra balik... Ye dak?

Penat memang penat, tak payah cakap.. Saya jaga Zarra siang, dalam kul 10 pagi gitu saya sampailah hospital.. Duduk sana sampai malam, sampai rasa letih baru saya balik tido. Hubby lak jaga Zarra malam2.. Takpe sayang, sikit je tu pengorbanan Mummy & Abah.. Apa sangatlah tenaga & masa kami tu, sebab kesihatan Zarra lagi penting, kalau Zarra sakit Mummy & Abah pun sakit....

Sabtu ni (28 Januari) Zarra ada follow-up dengan Paed dia, Dr. Mohan.. Balik rumah pun Zarra masih sambung makan ubat, tapi Zarra nampak sangat aktif, sangat kuat makan & sangat happy! Syukur!!!

Thanks pada semua -- Abah Mama, Mak Abah, adik-beradik, Makcik Pakcik, sepupu sepapat, anak buah, kawan2 pejabat, kawan luar pejabat yang datang jenguk Zarra, bwk makanan, minuman, mainan, hadiah, buku coloring, pencil color, yang doakan Zarra cepat sembuh, yang bagi support kat saya tanpa jemu... Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian, I just want u guys to know that, all of u are my soul, my spirit, & my strength!!

Muka bahagia dapat landing kat rumah sambil makan cheese!

Friday 20 January 2012

Dugaan Januari 2012..:(

Sedih!!

Hari ni masuk hari ke-empat Hospital Columbia Asia Cheras jadi rumah kedua saya!!

My Zarra Sophea sakit --- severe pneumonia. Atau nama Melayunya jangkitan paru-paru yang serius.. Nanti ada masa saya cerita panjang lebar ye...

Those kind readers, please pray for Zarra's speedy recovery! Moga hadiah kiriman Illahi padaku ini akan kembali gembira, ceria, aktif & sihat macam biasa... Ammiinnn....



Tuesday 10 January 2012

Breakfast party!

Best! Bila dpt invitation dari Maksu ajak datang birthday party untuk Amanda, agak excited! Sebabnya it's jamuan breakfast ye.. Dari 8am-12pm!

Saya sampai dalam kul 9.30am, memang sangat2 lapar! Excited to look at the food served! Macam nak makan semua kalau mampu! Ha kan dah jadi buruk lantak.. Hahaha...


Food #1 : Roti canai & tosei

Food #2: Puri, selain ada kari kambing, dalca, ayam masak kering2 mcm rendang..

Food #3: Apam lenggang (iye ke nama dia ni?) Sangat sedap dimakan begitu sahaja atau dibanjiri dengan santan manis2 yg disediakan..

 Cuba teka abg ni tengah goreng apa? Food #4: Char kuey teow!

 Food #5: Ni terbaek! Sebungkus dimakan di lokasi kejadian, 2 bungkus pula diselesaikan di rumah ketika tea-time! Hahaha..

Pengsan dengan makanan2 yang menarik! 

 Maktok dengan abg kat belakang tu mcm tengah pening fikir nak makan apa!

Hubby lak tengah ckp dengan Affan mengenai kekesalannya makan nasi lemak sampai 3 bungkus! Hahaha..

Kitorang lepak kekenyangan sampai kul 1 lebih baru balik Putrajaya.. But si Zarra lagi hebat, bukan sekadar lepak!

Mula2 pose tepi pool!

 Lepas tu pose dengan birthday girl, she called aunty De!

 Pose pulak dengan Rizqy! Bila dah tak duduk sekali kat rumah Nenda, baru la nak peluk2, cium2 Rizqy tu.. Rizqy dah tak menjadi mangsa buli dah!

 Akhirnya -- ke dalam jua! Sambil dilayan ibu Wani dia..

Last activity sebelum balik, potong kek la, what else kan, kata pun birthday party! Ada 3 biji kek.. 1 for Amanda, 1 for abg iparku (Opie)  & another 1 for my cousin (Hannan).. All of them are January babies.. Happy birthday all of u!

 


Thanks to the tuan tanah kedaung -- Maksu & Paksu yang tak pernah jemu buat makan2.. Nanti buat lagi ye! Heheheh...

Friday 6 January 2012

Let's get wet!

Selasa, 3 Januari 2012, Mummy sambung cuti.. Saje amek cuti, sbb cuti dah banyak balik kan! Hahahah.. Supposed Zarra start sekolah, tp Mummy cuti, Zarra pun postponed la masuk sekolah.. 

Abahnya ajak gi Genting Highland, tapi saya taknak, sebabnya saya ni dahla pregnant, nak naik rides tak boleh, Zarra lak bukan boleh naik sgt rides segala tu.. Mcm rugi je bayar tapi tak boleh naik rides byk2..

Sudahnya, decided to bring Zarra to any pool.. Pilih punya pilih kitorang gi Wet World Shah Alam. Jauh sikit, tapi saje je nak keluar dari kawasan liputan.. Lepas had brunch kat Seksyen 2, kitorang pun masuk la ke Wet World tu! Shah Alam ni sangat nostalgia la, dulu Seksyen 2 tu la port lepak makan ABC coklat. Dah berubah banyak dah! Wet World tu pun nostalgia gak, sbb Mama & Abah dulu selalu bawak kami adik beradik gi situ!




Kureng gambar yang menarik sebab Abah yang jadi photographer.. Ni jela hasilnya.. Nampak mcm lengang je Wet World tu kan! Memang pun, orang tak ramai, best sangat! Zarra enjoy Mummy penat! Hahahah...

Masuk Adult RM15, Zarra free, so agak berbaloi la, cuma lebih berbaloi kalau saya boleh naik semua gelongsor kat sana, tapi disebabkan menjaga perut yang buncit ni, takde la naik segala2 tu.. Sabar jela...

Thursday 5 January 2012

Zarra masuk school!!!

Cita-cita Mummy & Abah, tahun 2012 nak hantar Zarra masuk playschool.. Zarra will be 3 this year, tak salah kot bagi early exposure kat dia.. Lain parents lain kot caranya.. 

Orang lain start sekolah 3 Januari 2011, tp sebabkan Mummy nya cuti lagi on the 3rd tu, jadinya Zarra masuk sekolah on 4th January. Tu pun sampai sekolah lewat sebab teman Mummy minum air gula kat klinik dulu..:)

3/4 hari before masuk sekolah, saya dah cakap kat dia pasal sekolah, so dia pun macam dah tau dia nak masuk sekolah, bila tanya Zarra nak gi school tak? "Naaakkk" jawab dia...

1st word masa sampai school dia kat Istana Kehakiman tu, dia cakap : 'Wwaaahhh.."

Budak busuk belum mandi, gi school bawak Barney! Nasib nak bawak seekor je, ikut dia semua binatang peliharaan pun dia nak bawak..

Rasanya dia ok kot, saya call taska during lunch hour tak jawab pulak. Abis je kerja, saya rush gi Istana Kehakiman, tak sabar nak tengok dia & tanya cikgu pasal dia.. Dari pintu saya nampak dia tengah berlari2 dengan kawan2, sementara tunggu parents masing2 datang amek! Amboi dah ada kawan.. Gud girl!!

 Salam cikgu nak balik dah!

Singgah jap tengok TV!

Balik rumah dia citer macam2 kat Mummy & Abah.. Dia kata dia main balloon, dia mamam tasyik (nasi), dia tido dengan kawan.. Comel je! Tapi yang lagi comel kul 8pm dia ajak Mummy tido! Aik, penat sungguh!!

2nd day.. Mummy hantar dia awal, normal la kul 7.30am.. So today dia full day kat school la, ikut jadual dari awal.. Dia bangun tido kul 6.45am, kejut Abah dia ajak gi school! Tengok gaya dia masa baru sampai kat school..


Masih belum panas, diam sambil tengok keliling dulu...:)

Have fun in school Zarra! Mummy rasa bangga dapat hantar anak Mummy gi school, dapat bagi Zarra berkawan, belajar berdikari dari kecik & yang paling penting, Zarra ada dengan Mummy everyday, insyaAllah kita takkan terpisah kecuali takdir yang pisahkan kita..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...