Friday 30 December 2011

Taska searching...

Minggu ni, saya agak 'busy' mencari taska2 sekitar Putrajaya ni.. Dah nak masuk tahun baru ni, mmg kan saya berniat nak hantar Zarra gi 'school' in 2012. Sampai bila pulak nak tinggal dia kat rumah Mama, kesian Mama, kena bangun malam buat susu Zarra, which is that supposed to be my responsibility.. Mama pun mmg suruh hantar Zarra gi school, bagi dia exposure, bagi berkawan, takdela buli Rizqy je kat rumah tu!

Asalnya nak hantar taska bawah ofis saya ni, tapi tak nampak gaya macam bukak soon je. Tanya pegawai in charge tu, katanya paling cepat bulan 3 baru bukak.. Tu paling cepat ye, kalau lambat?? Sbb byk masalah lagi katanya.. Tak boleh jadi ni.. 

Saya dah gi survey 2 taska, dapatkan harga & tengok2 kawasan. 1st taska saya gi Vonad kat Presint 15. Besar taskanya, nampak meyakinkan cuma agak mahal. Monthly fee RM350, registration RM100, yearly payment (permainan & aktiviti) RM120. So total to pay RM570!



Taska ni ada untuk baby sampailah budak tadika umur 5-6 tahun. Tapi dia separate la, baby 1 bahagian, toddler 1 bahagian, budak tadika bahagian lain lak. Takde la campur semua 1 tempat! Cuma masalahnya agak mahal & jauh sikit dari rumah & ofis saya!

Next, saya surf2 internet, cari taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumpa few, & called few taska yang dekat2 dengan ofis saya. Last2 saya gi tengok taska Sri Nurain kat Istana Kehakiman Presint 3.





Harga agak ok.. Registration RM70, monthly RM250. Makan 3 kali sehari, mandi 2 kali sehari. Selain itu ada aktiviti untuk toddler umur 3-4 tahun, mewarna, melukis, menampal, membaca doa.. Nampak macam ok.. Tengok jadual aktiviti dia ni..


Saya fikir, kalau taska bawah ofis ni dah bukak, & mana tau nak hantar Zarra kat situ, kalau tarik diri dari taska Sri Nurain ni saya cuma akan rugi RM70, tapi kalau kat Vonad, saya akan rugi RM220!

So? Uuurrrmmm... Taska Istana Kehakiman ni rasanya pilihan hati.. Dekat dengan ofis, dekat dengan rumah & harga agak munasabah!

Wednesday 28 December 2011

Happy 1st birthday Rizqy..

Rizqy Harris bin Suffian Harris, anak kakak saya, was born on 29th Dec 2010, tapi Mama Papa dia celebrate awal sikit, sebab kebetulan public holiday & ramai yang available..

Date : 26th Dec 2011
Venue : Rumah Rizqy at Bandar Sg. Long
Food : Nasi daging, macaroni goreng, spagheti carbonara & bolognaise, kacang pool, & aneka manisan yang sah2 boleh buat gula naik kalau makan semuanya! :)
















Happy 1st birthday Rizqy..  Cepat besar ye blh 'gusti' dengan kakak Zarra! Mummy love u so much...

Tuesday 27 December 2011

Run baby run...

Sabtu malam Ahad..

Hubby fetch me at work (Bernama Radio24). Dah alang2 kat KL, dia ajak gi pasar malam Jln TAR.. Lamanya tak gi situ, dah duduk jauh kan... Benda wajib kalau gi pasar malam tu, makan laksa.. Walaupun tak sedap mana pun (hahahah...) tapi Hubby tetap suka makan laksa kat situ. Makan situ terus, takdenya nak bungkus2. 

Orang mcm biasa la, of coz la ramai kan! Beli satu benda je -- baju & seluar Upin Ipin utk Zarra! Dia dah nampak & dia nak, so Abah dia belikan la.. Tak penah2 beli baju kat pasar malam tau! Hahaha..

Lepas tu, malam masih muda.. Hubby ajak gi Dataran Merdeka. Saje lepak2, bawak Zarra berlari.. Memang pun! Satu Dataran Merdeka dia lari, bagai tiada esoknya siap tak nak balik! Teringat zaman kecik2 dulu, Abah & Mama selalu bawak gi pasar malam Jln TAR tu, beli makanan & bawak gi lepak2 kat Dataran Merdeka.. Skrg Mummy & Abah lak bawak Zarra!








Dah berpeluh bagai nak rak, jam pun dah pukul 9 lbh tapi Zarra tak nak balik! Boleh?? Tapi masuk kereta, tukar pampers, tukar baju, minum susu terus zzzzzzzz..... :)

Saturday 24 December 2011

Merry Christmas...

Merry Christmas, Happy New Year & happy holiday!!

This special Christmas wish is dedicated to my best buddy - Roslen Jati, yang beraya kat KL je tahun ni.. Dah janji dengan dia nak bagi hadiah Krismas, at least dapat mengubati kesedihan dia yang tak balik raya kat Sibu.. Tapi apa ek? Eerrrmm nanti gi jalan2, tengok la apa yang sesuai & just grab for her!

Untuk yang lain2 tu, selamat bercuti.. Ramai jugak yang amek cuti sampai hujung tahun.. Hati2 di mana jua anda berada..

Me buat apa? Takde buat apa la, rest jela, spending quality time with loved ones, masak2 kat rumah, gelak2 sepuas hati & 26hb gi rumah akak untuk celebrate birthday Rizqy! 

Okla, have fun in whatever u guys will do.. Take care ok!

Thursday 22 December 2011

Uuuuwwwaaaa nangis kuat2!!!

Semalam dah happy2 sebab dapat tau I'm getting a baby boy! Hari ni sedih pulak... :(

Tadi saya gi check up & dapatkan result test air gula yg buat semalam tu.. Keputusannya, 7.79. Kalau positif diabetis 7.8. Jangan tanya la apa nombor tu kan, I'm not sure! Tapi kan dah sipi2 dah tu result saya tu!!

Kesimpulannya, lagi 2 minggu, which is on 4th January, I have to repeat the test once again! Iyela kena minum air gula lagi sekali! Uuuuwwwaaa nangis!!! Rasanya kalau asyik kena minum benda alah tu, elok2 takde diabetis pun blh ada tau, kan manis nak mampos tu! 

Sekarang saya sangat stress!!!

Mcm ni la rupaku skrg, cuma bayangkan omputih ni pakai tudung je! Hahahah..

Wednesday 21 December 2011

Susah-susah dulu, Senang-senang kemudian..

Apa yang susah apa yang senang ni Zaf oi?? Ni ha nk citer pengalaman susah senang saya hari ni.. Hari ini dalam sejarah la saya kena minum air gula.. Orang pregnant  mesti tau apa tu air gula ni! It's campuran air & glucose yang diminum sebanyak 750ml untuk mengesan kehadiran penyakit kencing manis di kalangan ibu mengandung!! 

Saya kena minum?? Iyela, siapa cakap pregnant ni blh makan sesuka hati? Bila berat badan naik mendadak, plus ada family yang positif kencing manis ni, confirm kena buat test ni!

So pagi tadi adalah the most unwaited morning, kul 7.30am lagi dah sampai klinik... Tunggu turn dalam kul 8.30am jeng jeng jeng '' 'Zafirah Najmi bilik B!" Masuk dengan yakin, kena cucuk kat lengan utk amek darah, lepas tu telan la air gula depan mata tu! Hammbbbeeekkk! Memang mcm yakin, telan sekali nafas je, asal jangan muntah! Dahla dari malam tadi kena puasa, mana dengan lapar, dengan perut masuk anginnya, memang rasa mcm nak terkeluar balik air tu, tapi ku tahan jebat!! Hahahha.. Apa rupa?? Rupa color purple mcm air anggur. Rasa?? Rasa mcm air anggur tapi jenis yang tak kedekut gula langsung, sekilo kot gula dia letak, of coz la manis kan! 

Oh ni air anggur versi sedap, tapi saya minum tadi anggur versi nak bagi org kencing manis! Banyak ni la saya minum!

After 2 hours, they called my name, cucuk lagi sebelah lengan utk amek darah. Darah yg kedua ni la akan mengesan kita ni ada kencing manis ke tak sbb dah minum air gula kan! 

Resultnya, tak immediately pun. Esok saya ada appoinment lagi sekali, so mungkin esok la kot resultnya dapat.. Amminnn... Harap2 negatif, so Mummy & baby pun selamat, tak payah minum lagi dah air manis nak mampos tu!

Tu cerita susah... Ni nak cerita senang lak.. Cerita happy la sebenarnya.. Lepas dah selesai semua test kat Klinik Presint 9 tu, saya dah lapar, dah pening & dah penat nak gi kerja. So decided utk amek MC. Klinik Kerajaan dia tak bagi MC, so saya & hubby gi Klinik An-Nur kat Presint Diplomatik utk jumpa doktor, nak amek MC & nak scan baby skali.. 

Dah scan baby, of coz la tau jantinanya kan! It's a BOY.... Alhamdulillah, kitorang tak harap sgt dapat boy, tapi kalau dapat syukur sangat2 sebab dapat anak sepasang! Doa kami dimakbul Allah & InsyaAllah dengan izinNya juga, Mac tahun depan lahirlah adik lelaki Zarra!

Super cute!

Now, I'm 100% happy, Hubby pun sama (mungkin fikir dah ada geng nk main bola, main PS3 dengan dia!).  Terus lupa kisah susah minum air gula earlier! What to do next?? Shopping la!! Hahahah.. & at the same time, nak fikir nama baby boy ni lak.. Yang kakak dah Zarra Sophea, adiknya apa lak ek?? wink wink!

Monday 19 December 2011

Silent week!

Yesterday was great, the see all of my 'nyawa' around! Udin balik cuti 2 minggu, so semalam lepas fetch Udin kat airport, Mama, Abah, Zafrie lunch kat umah.. Saya ajak sekali akak & abg Opie datang memeriahkan majlis. Lengkap! Except Affan yang takde dalam kawasan liputan..

Saya masak lunch! Simple2 je janji semua happy & kenyang... Alhamdulillah.. 

Tapi hari ni, saya datang kerja tapi dalam keadaan yang sangat bosan! Sebabnya, my 7 closest friends are not around! Kak Ziti (jiran sebelah), Yana & Ijang (jiran belakang),Ros & Cat (jiran yang jauh sikit) & Dilla & Kak Ann (jiran tingkat bawah) semua TAKDE!!! Iye semua takde ye for 4 days..

Diorang gi PD, ada Hari Penerangan, ada sukan, ada gotong royong, ada seminar segala la.. Me? Dah kata pun ibu mengandung, dok ofis diam2! Tapi sebenarnya saya ada check up Rabu & Khamis ni plus memang malas nak pegi sebab ianya akan memenatkan diri sendiri!

Kesimpulannya, dudukla sorang2 hujung dunia, makan la sorang2, bercakap la dalam hati sorang2 utk 4 hari! Uuuuuwaaaa.... now i realised, how friends are important especially in the office!! Love all of u!


Friday 16 December 2011

Glasses!

Dah lamanya saya tak pakai spec!! Saya ni memang rabun sebenarnya, dari umur 12 tahun dah pakai spec! Tapi sekarang ni dah asyik pakai contact lens je, dulu pakai gak spec kat rumah, tp sejak2 dah kena duduk dengan Zarra, hancur dah spec tu, terus tak pakai sampai sekarang!

But recently saya rasa macam nak pakai spec balik la.. Kesian lak kat mata asyik berlens je. Siap cakap kat hubby nanti dalam pantang takkan nak pakai lens 24 jam kan! Kang baby bangun tengah malam tak ke payah nk kena pakai lens lak.. Munasabah kan alasan tu!!

So semalam jalan2 dengan Hubby kat Mines, terus terjebak tempah glasses baru.. Ingat nak beli yang biasa2 je, sayang lak duit beli mahal2.. Tapi hubby kata bukan buat tiap2 tahun, buat jela a good one, tambah2 dia nak bayar! Yieha!!! Mine is something like this...


Uuurrmmm... agak mahal tapi takpela, bukan selalu buat pun! Thanks Hubby! Esok lusa siapla spec ku! Ntah apa la rupa dah lama sangat tak pakai spec! Tapi exicted! Hahaha..

Thursday 15 December 2011

Ombak Rindu yang berombak-ombak..

Rasanya kebanyakan orang Melayu sekarang sibuk citer pasal Ombak Rindu! Saya nak gak tengok sebab dengar komen kawan2 yang dah tengok, semua bagi good comment, 'nangis tanpa dipaksa la', 'pelakon hebat la', 'jatuh cinta la', 'best giler la..' Takde satu pun komen yang tak bagus!

So semalam, saya paksa Hubby gi tengok gak, sebenarnya nak tunggu tayang kat Astro First je sebab susah kan nak gi tengok kat cinema, weekdays kerja, weekend lak Zarra ada, takkan nak bawak dia lak kan!

Tapi semalam, plan yang last minute, sebab Hubby kerja till 6pm je, Zarra lak memang tak boleh amek lagi dari rumah Nenda sebab Hubby belum off, so kitorang pun keluar la dating gi tengok Ombak Rindu! Location -- TGV Mines.


My comment?? Uurrrmmmm jalan cerita menarik, tapi sinematografi kureng sikit & terlalu biasa. Mungkin sebab dah ada filem-filem yang lebih 'cantik', so Ombak Rindu ni nampak terlalu biasa.. Contoh filem 'cantik' mcm Nur Kasih The Movie. Sedap & sejuk je tengok shots dalam filem tu! Ceh komen mcm hebat je! Hahaha..


Aspek lakonan lak? Maya Karin as Izah.. memang mantap la lakonan dia ni, watak dia nampak sangat mithali, sangat penyabar, sangat kuat semangat & sangat menjadi la walaupun pelatnya masih pekat!


Aaron Aziz lak? Memang superb! Paling tak tahan mula2 perangai cam bongok, tapi last2 cair gak dengan Izah. Ada 1 scene yang saya suka & kagum dengan kredibiliti Aaron Aziz ni bila dia boleh mengalirkan air mata dengan mudah sekali. Tengah cakap2 pun tiba2 air mata dia meleleh. Tu air mata dia la, air mata saya tak! Hahaha..


Lisa Surihani as Mila pulak? Karakter perempuan kasar, garang, tegas & tak boleh bertolak ansur... Dia berlakon ok la, tapi kadang2 sebab menjerit-jerit sangat (konon marah), apa yang dia cakap tu langsung tak jelas! 

Overall, orang dah nangis, saya tak gak nangis. Dalam hati cakap, jap lagi ada lagi kot scene yang sedih giler sampai saya boleh menangis, last2 habis dah filem tu! Aik? Saya tak nangis!!! Pelik, tak tau la saya ni yang tak normal ke atau citer tu tak berapa sedih untuk ditangisi..

Jalan cerita menarik, tapi bagi saya sangat slow.. Nak tunggu habis 2 jam tu pun macam makan masa sangat! Nasib Hubby tak berdengkur dalam hall tu! Hahaha.. Anyway, boleh la kalau nak tengok untuk support filem Melayu, tapi kalau yg berhati keras macam saya ni, dont expect too much la! :)

Zarra dan 'duk duk'!

Zarra dan duk duk memang tak boleh dipisahkan! Apa tu duk duk? Duk duk tu maksudnya permainan besar yang boleh ditunggang atau dimain... Contohnya macam gelongsor, buaian, kereta2 masuk syiling kat mall, jongkang jongkit, kuda.. Ntah kenapa dia panggil benda alah tu duk duk!

Pergi mana pun kalau nampak duk duk tu mesti nak naik.. Sampai satu tahap dia dah pandai, nk keluar je, dia pegang tabung dia mintak syiling sebab nak gi duk duk! :)

Sedar tak sedar banyak jugak gambar Zarra dengan duk duk sepanjang 2 tahun ni! Iyelah kata pun budak kan, tu jela entertainment dia, takkan la dia nak ajak gi Hard Rock Cafe layan live band lak kan! Hahaha..

 KLCC

Kat mana ek? Lupa..

Genting Highland
The Curve

 Alamanda

 Jusco Cheras Selatan

Tak sure lak kat mana ni..

 Playground bawah rumah

KLCC

 Alamanda

 The Curve

And latest, ni kat Pavilion KL

Abah & Mummy ok je kalau Zarra nak naik duk duk... Ada sekali tu sampai 20 hengget Abah dia spent tukar token, sebab semua benda pun dia nak naik.. Naikla Zarra, as long as u're happy... We love u much!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...