Thursday 30 June 2011

I'm back..

Rindunya kat dunia nyata..

12 hari di Port Dickson, terpisah dari dunia luar, internet pulak lembap selembap lembapnya, 
hanya mengharap jasa Blackberry aje...

Kini aku kembali....

Mood nak update blog berkobar-kobar, tapi kena postpone dulu sebab badan tengah penat dan memerlukan rehat secukupnya! 
Tengok baju nak dicuci dan dijemur yang bertimbun2 pun dah menambahkan penat!

Jadinya, post pasal PD akan muncul tidak lama lagi...

Tungguuuu....:)

Sunday 19 June 2011

Our LOVE Day Part 2...

Eh ada sambungan lak! Sorry la lambat update, kesuntukan masa la.. Ni pun curi2 masa sebelum gi kursus jap lagi...Uuuuwwwaaa kena tinggal Zarra for 12 days! Pengsan!!!!!

Ok lupakan kejap kisah kursus yang pastinya meruntun kalbu tu..Kita nak citer sambutan anniversary ketiga saya & hubby.

Kisahnya gini, on the day itself (14th June), saya puasa. Nak tinggal sayang sebab dah last day dah. So proceed dgn puasa, lunch date pun terpaksa ditangguhkan ke hari berikutnya. Untuk meraikan hari cinta kami (chewah!) & juga merayakan kejayaan saya puasa ganti sampai habis (ha?), saya pun masak la juadah yang sedikit best daripada biasa! Apa dia??


My home made nasi ayam! Favorite ni! Hahaha...

Ok dah kenyang. Habis citer! :)

Eh tak la, ada lagi satu citer..Esoknya, seperti dijanjikan, saya berlunch date la dgn hubby. Hubby pick me up kat office, then kitorang gi makan makanan yang menjadi pilihan saya, tapi jarang2 dimakan! So sempena hari baik bulan baik ni, kitorang memilih untuk meraikan anniversary dengan makan ini........



~~~~~~~~~~~~~~~





 Our favorite Dim Sum!! 
Lokasi : Hotel Quality, KL
Harga : RM29.50++ per person (buffet)

Last but not least, our latest pic together! Happy 3rd anniversary Mummy & Abah Zarra...:)

Tuesday 14 June 2011

Our LOVE Day!

Masih segar di ingatan..14 Jun 2008, saat diri ini menjadi isteri 
Mohd Aidil Khamis..

Masjid Al-Syakirin, KLCC menjadi saksi. Sengaja KLCC dipilih sebagai lokasi pernikahan, melihatkan kemegahan bangunan itu, harapannya agar megah juga perkahwinan kami. Melihatkan indahnya bangunan itu, doa kami agar indahlah jua rumah tangga kami..

 Dia menjadi suamiku...

Dia menjadi abang kepada adik-adikku..
 

Hari ini, 14 Jun 2011, genap 3 tahun dua insan berlainan latar belakang, berlainan fahaman, berlainan kegemaran, disatukan untuk melengkapkan satu sama lain..

Doa kami...moga tiada yang menggangu hubungan suci ini, biarlah Allah sahaja yang memisahkan kami berdua..Doa kami juga, moga kami akan terus meraikan ulang tahun perkahwinan kami, tidak hanya terhenti setakat hari ini sahaja...

Aminn....




To my one & only hubby, janganlah diri ini disakiti, bahagiakan lah ku selamanya, jadilah Abah yang hebat kepada anak kita. 
Sayang kamu tanpa jemu!

Sunday 12 June 2011

Woot woot!

Terpandang ini di FB ku!


Ingat, tapi reminder itu menambahkan ingatanku! 
Celebrating 3 years of happiness in another 2 days!

Alhamdulillah...Syukur!

En.Aidil bawa kebahagiaan dan si kecil Zarra bawa kesempurnaan..

Apa hadiah untuknya? Apa pula hadiah untukku? Perlu ke? Ntah, mungkin perlu, mungkin juga tidak..Kalau nak bagi hadiah, tak perlu tunggu hari istimewa, namun kalau diberi pada hari istimewa, pasti hari itu bertambah istimewa...

So? Tunggu ajelah harinya tiba....:)

P/S : Tengah mood jiwang karat memang kena tulis dalam color pink ke? Motif??hahaha...

Wednesday 8 June 2011

Penang sekali lagi...

Seperti post sebelum ni, saya excited untuk ke Penang sekali lagi! :)

5 Jun, seawal 6.45am dah keluar rumah, pergi fetch parents in law & adik ipar, kemudian kitorang terus masuk hiway dengan niat utama ke kenduri kawen di Jitra, Kedah. Tu niat utama, niat tepinya nak bermalam di Penang & rehat dgn family mertua pulak...

Hiway smooth, sampai Jitra dalam kul 12 tengahari gitu. Memang ngam2 waktu lunch! Panasnya Kedah!! Rumah kenduri tu kat tengah2 sawah bendang..Zarra dah macam mandi, mummy lak dah macam udang kena bakar sampai rentung!! Lepas puas ayah & ibu mertuaku bersembang bersama keluarganya, kami pun bergerak ke Penang...

Jambatan Pulau Pinang ok lagi, lancar.. Tapi yang sesaknya town Penang on the way ke Batu Feringhi tu! Mak aih, rasa macam nak marah sebab hati ni dah terlalu excited nak check in, lepas tu rasa macam nak berendam sebab panas sgt masa kat Jitra tu, boleh lak jalan jam macam semua kereta berlumba2 nak masuk town! Stress mak! Managed to reach Hydro Hotel dalam lebih kurang kul 5.30pm.

 Tengok la Zarra tu...

Lepas check in segala, aktiviti pertama....................




 Ni jela kerja dia..kali ni ditemani Abah & Paksu dia...
Mummy as usual, jadi photographer yang meraung dalam hati sebab tak boleh mandi!!


Tak cukup swimming pool, ke laut lak perginya..Hydro bukan beach hotel tapi ada connecting bridge untuk ke pantai...Tapi Zarra takut laut, menangis2 tak nak masuk air! Hahaha...



The bridge..

Malam, kena hantar FIL ke airport, dia nak balik KL. Hajatnya nak gi makan kat Gurney Drive sebelum ke airport, tapi gagal ye, sebab jalan jem sangat teruk, so terus gi airport je. Perjalanan dr Feringhi ke airport jadi sejam lebih! Stress lagi!! Last2 lepas hantar FIL, kitorang makan nasi kandar Kassim Mustafa je..Pastu balik hotel tido, tapi hubby & adiknya sambung berjalan kat pasar malam Feringhi..

Apa jadi esoknya?? To be continued..hahaha...Oooppss sebelum tu, jom tengok gambar sekitar Hydro Hotel. Cantik hotel ni, padan la dengan harga dia kan! :)

 Lobbynya..

 Kawasan favorite Zarra! Poolnya..

Biliknya..Ni Deluxe room..

That's all.. Jom ke episod seterusnya.:)












Penang sekali lagi vol 2...

Pagi 6 Jun, saya kejut Zarra & hubby at 8am. Amboi, Zarra tido bukan main lama lagi, penat & sedap tido dalam aircond kot, sampai kena kejut la..Dia tak tau ke Mummy dah lapar? Hahaha..

 Muka pagi belum mandi..bestnya kalau ada rumah camni, bukak tingkap pagi2 hirup angin segar!

Gi breakfast, tapi mata makcik kecikku tu sibuk tengok pool, makan sikit je, pool tu lagi menarik perhatian dia..Apa lagi, Abah la jadi mangsa bawak Zarra mandi, Mummy sambung makan! :)

 Muka budak happy nampak pool!

Finally!

Disebabkan matahari belum terik memancar, saya ajak hubby ke laut lak..Nak pose2..Tapi Zarra takut lagi, belum pun sampai pantai dia dah peluk Abah dia kuat2! ''aatttuuutt" dia cakap!

 Mummy gedik nak pose tapi Zarra takut!

 Siap mintak tolong Makwe selamatkan dia dari dikejar air laut!

Hubby said that was our advance anniversary vacation..:)

Budak2 & bapak budak dah puas mandi, terus naik bilik, packing & check out. Sengaja memilih utk check out awal sbb tak nak berebut dengan guests lain check out at 12pm. Mana destinasi kami lepas tu??? Jeng jeng jeng....

~~~~~~~~




~~~~~~~~




~~~~~~~~


 



Hard Rock Hotel, Hard Rock Cafe & Hard Rock Shop! Next target,  Hubby nak  bawak stay kat Hard Rock Hotel..maybe kat Bali September ni! Yess!!! :)
Destinasi seterusnya, MIL nak beli jeruk kat Chowrasta..Redah je, ikut hati, tapi jumpa jugak..Hahaha..Dah puas borong jeruk, kitorang ke Bukit Bendera pulak! What?? Again?? Iyela, last week gi dengan Mama, this time bawak MIL pulak, oh saya sangat adil! :)
Bezanya pergi last time, orang tak ramai, but this time, beratur dari luar lagi ye! Sampai atas pun orang ramai..cuba tengok beza gambar masa trip dengan Mama & trip dengan MIL kali ni..

Jangan harapla background tu nak kosong kan!

Masa ni Bukit Bendera tu kami yang punya!

Selesai di Bukit Bendera, kitorang terus bergerak pulang ke pangkal jalan! Hahaha..Dah2, balik KL cepat esok kerja! So tamat sudah percutian singkat dengan family Hubby ke Penang..Padat, penat, panas tapi puas! :) So next vacation-- Bali on September!

Saturday 4 June 2011

Kung Fu Panda 2!

Seperti yang dirancangkan, hari ni nak bawak Zarra gi tengok movie..Kung Fu Panda 2 la menjadi pilihan! Mummy sangat excited! Tiket purchased online sejak Rabu lagi..Mau tak excited, first time ni nak bawak Zarra gi tgk movie!

So..menjadi ke tidak plannya? 

 Haruslah menjadi..Alhamdulillah..

 Tak pernah2 Mummy posing kat cinema tau! Zarra punya pasal, ku gagahkan jua..
Bukti Zarra tengok movie!


 Siap bawak Nenda..teman kami sebab Hubby kerja...

Tu dia bekalan dia! Tu belum masuk corn in cup, mineral water & susu sebotol!

Basically, cubaan pertama bawak Zarra ke cinema berjaya!! Gud girl sgt2...Dia sgt excited tengok big bear.Suara dia je dengar dalam hall tu! Antaranya..'Mummy nak bear bear!' 'Mummy bear bear cry!'..Oh anak saya pandai beremosi, macam faham sangatlah! Hahaha...

So Zarra, next time Mummy bawak Zarra gi tengok movie lagi k! Hari ni kat Jusco Cheras Selatan, pasni mana lak? Kita ajak Abah ye...:)

P/S: Maafkan kualiti gambar kurang mengancam kerana dicapture dari handphone 5 megapixel aje! :)


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...