Friday 29 April 2011

Main bowling ke main longkang?

16 April lalu (hah?baru sekarang nak citer??) saya join perlawanan bowling anjuran Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia di Mega Lane, Sunway Pyramid.. Ala sorryla, terlupa nak citer sejurus selepas kejadian! Hahahah.. Better late than never kan!

Pertandingan ke? Takde makna sangat la kalau yang masuk, kira2 15 orang gitu, yang hebatnya sorang dua je, yang lain-lain tu ala2 memeriahkan majlis cum exercise tangan yang semakin membesar je sebenarnya! :) Bowling ni antara sukan yang saya suka, cuma dah lama giler tak main, start pregnant sampaila Zarra dah almost 2 tahun! So bayangkanla apa jadinya kalau tiba2 main! Gaya je hebat, siap kasut yang dibawa dari rumah, tapi balingan pertama sampai keenam, bola tu seolah-olah memang sengaja dimasukkan ke dalam longkang!!!! Hampeh! Buat malu diri sendiri je!

Kami 1 team! Yang tengah tu champion, kiri dan kanan hanyalah penyokong & peneman setia dia je! Hahaha..

Bila dah 'panas', barulah ada sikit2 balingan yang kena pin. Sikit2 je ye, bukan semua!! Bila dah betul2 panas dan rasa macam blh strike je, tiba2 game dah habis! Sorry, 2 frame je k, siapa suruh lambat sangat panas! Hati panas je jadinya! Hahahaha... Okla, pemenang akan wakil Jabatan untuk lawan dengan Jabatan-jabatan lain.. 

Kesimpulannya, happy! Tu yang penting, main suka2 dengan kawan2, sambil ditemani suami yang baru lepas eksiden & pom pom girl saya! (Bawak pom pom girl pun kalah! Memang hampeh!!) Hahaha...

Introducing my one and only pom pom girl!!! Kuat posing la pom pom girl mummy ni!

Antara gayanya ketika membawa watak pom pom girl!

Antara peserta gaya bowling terhebat di abad ini! :)

Terima kasih Pusapanita Jabatan Penerangan! Lepas ni buat lagi ye, insyaallah saya join walaupun ke laut perginya! 

Habis je bowling kami terus ke Flamming Steamboat sebelah Pyramid tu untuk makan2 sambil gather2 dengan kawan2 lama zaman UiTM yang masing2 dah beranak.. Lapar wo, ingat tak penat ke main bowling? Ceh! Lapar2 pun, makan kejap & sikit je, ala2 tak puas sangat sebab Zarra dah merengek mengantuk nak bobok! So bila akhir rancangan makan2 tu, yang lain2 posing, saya je yang takde dalam gambar ni! Sedih!! Sedihla sebab tak dapat pose! Hahahah...


Dari kiri, Enon & babynya, kakakku & Rizqy, my bff Ezu & Rayyan & another bff Tina yg tengah pregnant 5 bulan!


Zarra tulis lagi dan lagi....

Alhamdulillah...

Semalam dan hari ni, artikel tulisan ku dipublish lagi di blog Rakan1Klik milik Jabatan Penerangan Malaysia.. Memang ia antara tugas hakikiku, tapi idea nak menulis ni bukannya selalu datang! Kadang2 mencurah2, kadang2 kering kontang! So bila masa idea datang, terus tulis cepat2 & submit sebanyak yang mungkin koleksi untuk ruangan 'ZARRA'..Bila nak dipublish tu terpulang pada editor blog tu, janji kita dah buat kerja kan!

Semalam adalah siri kedua post bertajuk Menangis Aje! Sila lah klik di sini ye!

Adoi, cair betul hati tengok baby ni!
 
Hari ni pulak, cerita yang baru pulak dipublish. Marilah baca storyku  dan juga story kawan2 yang lain ye. Setiap hari post baru akan dipublish, dan macam2 cerita yang boleh anda baca! Siap ada peraduan lagi! Apa lagi, selamat membaca dan jadi follower k!

Amboi..ni tengok TV ke apa ni?? Nak tau kesannya? Sila klik sini !

Wednesday 13 April 2011

When 'Deda' is not around...

Zarra panggil Deda instead of Nenda..

Nenda ni lah tempat Zarra bermanja kalau mummy gi kerja..Pagi2 seawal 6.30am dia dah sampai umah Nenda dia dah..Petang lak, by 5.15pm mummy akan amek Zarra bawak balik rumah..

But starting from last Friday (8th April) sampailah 13 April, Nenda Zarra gi holiday dengan adiknya, kakaknya, adik iparnya & 2 lg sepupuku..ala2 rombongan Cik Kiah ke Macau, Hong Kong & Shenzen!

So, Isnin-Rabu, Zarra dibabysit bergilir-gilir oleh Mummy & Abahnya. Isnin mummy cuti, Selasa & Rabu abah dia lak babysit. Abah kalau babysit Zarra, memang perfect! Zarra jela yg perfect, makan minum cukup, mandi siap, cuci 'yak' semua ok, satu je yg tak ok, rumah haruslah bersepah mcm tongkang pecah yang tunggu masa nak karam! Hahaha..Takpelah abah oi, janji anak terjaga cukuplah...

  Ni port favorite Zarra longgokkan segala mainan dia..Siap pandai menyorok dalam ni ye!

Tapi kejadian yang paling berat, sedih, syahdu jadi jugak pagi tadi. Elok je saya bukak pintu nak gi kerja, dia terjaga. Terus bangun dan dalam hati dia mesti cakap, ha, mummy nak tinggal Zarra ek?  Tindakan drastik yang dilakukannya ala2 drama sikit, peluk kaki mummy kuat2 sambil menangis..Mummy pun cakap: 'Zarra gi la bobok dgn Abah tu'..Jawapan spontan diterima : 'Nanak!!!' Terus volume menangis dia gi maksimum!!

Adoi, bab ni yang mummy fail u olls..Mcm nak nangis je bila terpaksa gak keluar, tutup pintu cpt2 & reverse kereta...Apa yg jadi seterusnya?? Lu pikirlah sendiri! Hahaha...

Bila dah jadi drama sedu sedan di pagi hari ni, barulah semakin sedar pentingnya kehadiran Deda dalam hidup Zarra & of coz hidup mummy dia la..Tinggal kat Deda pun tak nangis camtu tau! Mama, balik cepat ye, Angah rasa Zarra rindu masakan Deda dia (angah pun Ma!)..hahahah...

Proud Nenda dengan sepasang cucunya!

Satu lagi, bila Nenda takde, makanya mummy secara automatik akan merindui lagi sorang budak kicik yang dipanggil 'baby Qiqi' oleh Zarra..sebabnya, rumah Nenda selalu jadi port pertemuan mummy & Rizqy ni, so bila Nenda cuti,mummy tak dapatlah jumpa Rizqy! Oh kesedihan berganda namanya ni!! :(

Oh kamu macam budak besar padahal baru 3 bulan ye!

Khamis (14 April) adalah hari yang dinanti2..Hari untuk mempertemukan semula Zarra & Dedanya..Mama Rizqy, sila bawak Rizqy ke rumah Nenda ye..mummy nak gomol Rizqy! :)


Wednesday 6 April 2011

Zarra menulis lagi..

Sekali lagi write up ku dipublish di blog rakan1klik.blogspot.com.

Alhamdulillah, masih ada lagi idea untuk 'disumbang' ke dalam blog tu! Topik lak mesti berkaitan anak atau keibu bapaan..Very the mak-mak..Hahahah..So guys, happy reading, tunggu aje episod Zarra seterusnya k!


Tuesday 5 April 2011

New me!

 Lilit sana, lilit sini...

 Oh dia ni la yang rajin temankan ku gi borong tudung & ajar lilit2...mmuuaahh..

 Ni potret keluarga terbaru..sang suami tetap rugged, selamba je bawak isterinya ini naik motor besar walaupun imej isteri dah bertukar! Hahaha...Love u & Zarra forever!

Ni cubaan untuk mengambil gambar pasport tapi version gedik lebih! Motif apa ntah! Hahaha...

That's all for the time being. I'm still learning to be a better person, day by day..Tengah belajar juga cara2 melilit tudung supaya penampilan masih nampak stylo! Ceh! Macamlah stylo sgt sebelum ni,,hahahaha..Memotivasikan diri dengan membeli tudung setiap kali keluar berjalan! Motif??? :)

Friday 1 April 2011

The time has come...

As I said in my previous post, rasa ingin berubah itu terlalu menebal!

Alhamdulillah, pada 30 Mac 2011, secara rasminya rambut disimpan, kepala dilitup, niat tertunai..Syukur sangat2, Allah membuka pintu hati ini, tanpa dipaksa mahupun didesak sesiapa..

Perasaan itu sangat unik, perasaan itu sangat istimewa! Seistimewa niat yang tidak pernah terlintas sebelum ini. Nantikan aja gambar terbaharu ku ye! Wahai hati, tetaplah kamu sehingga ke akhir hayat, insyaAllah...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...