Monday 28 March 2011

Revamp!

Semenjak dua menjak ni terdetik pintu hati untuk melakukan perubahan diri...bukanlah jahat pun nak berubah, hahaha.. Cuma terbuka pintu hati untuk menjadi anak, isteri, ibu dan muslimah yang lebih sempurna..

Kuatkan iman, kuatkan semangat, insyaAllah, i'll be there 1 day, but I can say soon..Doakan saya ye! Sambil2 tu saya survey fesyen2 tudung yang menarik, mahu menjadi stylo walaupun bertudung. Bertudung bukan halangan untuk bergaya asalkan tidak tersasar dan melencong. Ini antara gaya yang menarik mataku!


Ok berangan sambil dukung Zarra..:)


Oh dia ni sgt stylo!

Jadi poket, bersedialah kamu untuk membeli tudung dan seterusnya menukar wardrobe kepada gaya yang lebih sopan ye! Jom!!! :) Please2, doakan niat baik saya ni akan direalisasikan secepat mungkin..

Thursday 24 March 2011

Mummy besh!

Pulangnya dari Sarawak, saya dengan sang suami berpakat membawa Zarra gi Zoo Negara. Saje bagi hadiah kat dia sebab dah tinggal dia 3 hari dengan Nenda dia. Sengaja juga memilih Isnin untuk pergi, sebabnya kurang sesak dengan lautan manusia di zoo sampaikan nak tengok binatang pun tak nampak!

Tepat seperti dijangka, selepas membayar 20 hengget seorang (amboi mahai no!), kitorang pun mengejar Zarra yang berlari girang ke dalam zoo yang lengang! Ye, ulang sekali lagi, lengang ye....Jumlah manusia yang boleh dikira dengan jari! Jangankan Zarra happy, mummy & abahnya turut gembira! Dia agak jakun la, mungkin tak pernah tengok binatang2 live, dlm kuantiti yang banyak..Selama ni tengok TV atau kat buku je...

 Mummy hanya mampu dukung Zarra untuk posing aje! Hahahah..

 Abah tu apa?

 Ni favorite Zarra..Semua binatang pun bird!

Bird lagi!

Bird jua..walaupun mummy ckp peacock! Dia jawab, bird! Fine!!

Cuaca memang sangat mengizinkan kami untuk berlari riang! Hahaha..redup2 manja, tenang, namun berubah menjadi hujan gerimis ngam2 masa dah habis tawaf zoo! Just nice!! Zarra sangat pok pek, dalam bahasa yang hanya dia aje yang faham. Yang mummy faham, semua binantang pun bird & fish! Oh ada lagi satu binatang yang dia sebut betul! Ni dia....

Bear!!!
Memanglah betul kalau dah binatang ni je penuh dua rumah (rumah mummy & rumah nenda!)

Kesimpulannya, mesti dalam hati Zarra berkata : Bagus mummy ngan abah ni, tinggal Zarra 3 hari, pastu bwk Zarra gi zoo. So Zarra maafkan kalian berdua! Hahahaha.. Dia sangat gembira sehinggakan tak sampai 5 minit masuk kereta, mintak 'memilk' dan zzzzzz....Lena terus!


Meow episod 2..

Salam hormat dan salam 1Malaysia.. Bertemu kita sekali lagi dalam Meow episod kedua. Wei, stop it la Zaf. Kau ingat kau pengacara tersohor ke? Hahaha...Baiklah straight to the point, hari kedua kitorang di Bumi Kenyalang, bangun kul 9am ye, sebab majlis reception Syibba & Gary kat hotel yang sama jugak. Tapi yang pelik sikit pasal wedding kat Kuching ni, kenduri diorang start awal, dalam kad tulis 10am-12pm. So bangun, mandi, make up & sediakan perut yang kosong untuk ke reception...

 Cantiknya mereka! Syibba sentiasa tersenyum, Gary lak sporting dalam persalinan Melayu...

Majlis resepsi berkonsepkan Melayu. Kebanyakan tetamu memakai pakaian tradisional Melayu. Omputih sekalian yang datang pun sangat sporting dengan baju Melayu siap songkok, yang pompuan lak berbaju kurung siap selendang. Lepas tu siap ada tarian tradisional, siap ada silat apa ntah nama dia..Syibba punya effort nak tunjuk budaya Melayu pada mat saleh sekalian harus dipuji. Superb my dear!
 Nilah kawan2 sekursus Syibba yang terbang dari KL semata2 ke wedding dia...

 Oooppsss...yang ni pengantin lama..rasa macam nak naik pelamin lagi sekali je bila tgk pelamin yg cantik tu!


Dah posing2, perut pun dah kenyang dengan nasi minyak lauk ayam gulai, daging rendang, sayur campur, papadom, kitorang pun berehat seketika sebelum sambung berjalan. Petang hujan la pulak, so agak terhad la lokasi 'perjalanan' kitorang..

Weekend di Kuching, wajib ke Pasar Satok. Takdela special sgt pun, mcm pasar biasa jual ikan, sayur, barang2 dapur, cuma lebihnya ada jual souvenir Kuching & ikan terubuk masin! Tu je yang takde kat KL ye! So beli la sikit ikan terubuk untuk mama dan ibu mertuaku..

Barisan ikan terubuk yang telah dimasinkan...

Disebabkan hujan, makanya kitorng tak blh la berjalan outdoor, tapi terjebak lak gi makan seafood kat Top Spot. Tempat ni macam foodcourt je, tapi mak aih, dari hujung sini sampai hujung sana jual seafood aje. Ikan besar & fresh semuanya. Tapi disebabkan perut harus disimpan untuk wedding dinner malam nanti, kitorng pun makan ala kadar je. Nak tengok apa kitorng order? Oh kali ni kitorng berempat, disertai dua anak teruna dari KL yang tiba2 jadi geng kitorang..Hahahaha..





 Amboi, ala kadar kata kau!! Kenyang tau, harga semua di atas adalah 96 hengget! Gembira dengan hasil tangkapan kali ni..

Dah kenyang & puas sembang, kitorang bergerak la ke hotel semula. Sampai hotel dah kul 7 lebih, tgk2 dinner kul 8pm. Haruslah mandi dan bersiap dalam kadar segera! 

Acara malam tu, appreaciation dinner. Konsep, casual dan santai. Ada nari2, nyanyi,2 joget lambak & acara menghappykan pengantin dan diri sendiri contohnya poco poco. Hahaha...



 Aduhai, rampasan mic berlaku nampaknya! Apa yang jadi lepas tu, lu pikirlah sendiri! Hahaha..

Selesai sudah majlis perkahwinan Syibba yang grand, perfect & menggembirakan semua pihak. Hari ketiga di Kuching, flight balik KL sepatutnya kul 6.35pm, tapi delay sebab hujan lebat. Sementara nak ke airport, sempat lagi gi posing2, beli apa2 yang patut & last but not least makan laksa Sarawak & mee kolok. Amboi, makan sungguh2 ye Zaf! Balik KL diet sebulan ok!!!

Suami yang agak tidak adventure untuk mencuba laksa dari negeri lain, akhirnya makan 2 mangkuk laksa Sarawak!


Dan ini adalah mee kolok!

Tertunai sudah hasrat nak makan laksa Sarawak puas2 & try mee kolok original! Kesimpulannya, 3 hari di Kuching ibarat boleh menjadi penduduk Waterfront dah. Dah hafal jalan tau! Hahaha.. Sampai jumpa lagi Kuching!

Next vacation, Bali September nanti & mana tau ada plan mengejut2 dari suami tengah2 tahun ni! Yes!! :)

Meow....

Ceh title cam nak citer pasal kucing je..atau bak kata Zarra "tat"..hahaha. Sebenarnya saya nak citer pasal vacation+kenduri kawen+gathering+mini honeymoon kat Kuching, Sarawak dari 18-20 Mac 2011...


Tujuan utama ke sana sebenarnya gi wedding kawan sekelas masa UiTM dulu, yg agak kamceng dan sempoi. Pastu lebih2 masa tu digunakan untuk explore Kuching (tak sempat explore byk pun) & makan laksa Sarawak sepuas hati! :) Trip kali ni, saya gi berdua je dgn sang suami, Zarra ditinggalkan dengan nenda dia!

Jumaat, flight as early as 7.20am. Kali ini menggunakan Firefly, so naik di KLIA. Kalau kat KLIA tak sah kalau tak breakfast McD! Hahahaha...Kul 6am dah makan McD ok! Landed di Kuching International Airport pada 9am. Sampai aje di airport, kereta sewaku dah menanti! Bagus!! So, masa untuk berjalan dan makan! Haruslah mencari laksa Sarawak sampai jumpa!


Laksa Sarawak di awal pagi menjadi pengisi perut - di Ramai Cafe, Satok, as recommended by my office mate!

Dah kenyang, jalan2 lagi menggunakan map manual, ke Waterfront. Kat situ, naik perahu tambang (tambang dia 50 sen sehala), gi seberang sana, tgk tmpt jual & buat kek lapis. Sekejap je, tak sampai pun 10 minit, pastu seberang balik, jalan2 beli souvernir je kat Waterfront. Pastu dah penat & belengas, kami gi check in kat Penview Hotel, lokasi majlis perkahwinan Syibba & Gary. 

Nilah rupa jetinya..

 Ke seberang yang mengambil masa kurang 5 minit..

 Muka orang 'peghak' dapat naik bot..

Lepas berehat di hotel, malamnya kitorang ke Kompleks Perumahan Pegawai, Tabuan Jaya untuk majlis berinai besar Syibba & Gary. Nikah siangnya kitorang tak pergi sebab kepenatan! Hahaha..Malam kitorang pergi la, memeriahkan majlis yang dah sedia meriah walaupun kitorang tak datang! :)  Kali ni terpaksa gunakan GPS sbb tak nak sesat macam siang tadi..Ni antara gambar2 majlis berinai & deco di rumah pengantin!

 Nilah rupa pengantinnya..Syibba ni kawen dgn omputih dr Australia..:)

OMG..I'm so small beside her!hahah..Ni baru persalinan pertama ye u olls..

 Ni pulak persalinan kedua mereka. Gary siap make up konsep Jawa ni. Dia sangat sporting..





Siap ada fireworks u olls..Kelllasss...tengokla deco2 dia, sangat sweet dan kreatif kan!

Bila dah posing2 dengan pengantin, tak tunggu dah, sebab dah almost 12am. Tu pun dia belum tukar baju Bollywood lagi tu. Perut pun dah kenyang dengan udang sambal, ayam dalam buluh, masak lemak apa ntah (isi kelapa kot), siap dengan ulam2 petai segala, dengan sambal belacannya. Haruslah mat saleh yang datang berbau petai malam tu! Hahaha...

Kemudian, balik la kami ke hotel penginapan dan menanti untuk ke majlis reception keesokan harinya..Abis cerita first day di Kuching...to be continued..hahaha..sorry ek potong stim sket!

Tuesday 22 March 2011

'Zarra' episod 2..

Hai u olls...write up saya dah bersambung untuk episod kedua. Kalau yang terlepas episod pertama, click je kat link ni:



Dan last week (masa saya di Kuching), episod kedua pula dipublished. Happy reading....





Lepas ni saya nak update cerita Kuching, cerita zoo, & cerita-cerita lain yang rasa-rasa agak menarik untuk dikongsikan..:) Sekarang tengah mengarang post terbaru bukan aje untuk blog ni, tapi juga untuk blog rakan1klik! Come on Zaf, write, write, write....!




Tuesday 15 March 2011

Botol susu pun jadi isu...

Seantero Malaysia bercakap tentang pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A" atau (BPA) ketika ini. Menurut Menteri Kesihatan, tindakan pengharaman penjualannya akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012.

Aik? Setahun lagi baru nak haramkan? Kalau betul bahaya, kenapa tak haramkan terus je dari sekarang? Jawapannya, kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Ayat yang agak berbelit, tapi cuba diringkaskan, nak kata selamat tidak, tapi nak kata tak selamat pun tidak..Hahahaha...

Bercakap pasal botol susu..Some mothers are very concern about their babies' bottle. Ada yang suka membeli botol yang mahal2 la, ada yang membeli sebab botol tu cantik, gemuk, buntal, stylo, kata mereka. Ada yang membeli sebab nak jaga standard kerana hanya ibu2 yang memahami harga botol susu yang akan dipegang oleh anak-anak ketika berlari2 di shopping mall! So, kalau tengok anak pegang botol susu 'cap' mahal, confirmlah dalam hati ibu lain yang memandang akan berkata-kata, "wow, mahal botol susu budak tu, haruslah mak pak dia kaya!"



Owh seksinya dia..

Meriahnya korang!

So, terpulang, lain ibu lain cara membelinya. Lain ibu lain seleranya...

Tapi anak mummy, si Zarra Sophea tu adalah anak yang agak kos rendah.Hahhahaha..Ada dia kesah botol tu cap apa? Ada dia kesah puting botol tu cap apa? Tidak sama sekali ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang dia tau, bila dia nak susu dia akan cakap : 'Mummy..memilk'. So mummy dia pun ada kesah nak beli botol mahal? Hahaha.. Mummy biasanya beli botol murah tapi cantik, tapi jangan kerut dahi dulu ye, sebabnya mummy akan buang botol dia yang-agak-murah selepas sebulan digunakan ye! Hahahaha...Dia suka kalau botol dia ada gambar kartun. Sambil memilk, sambil tengok kartun2 itu dengan gembiranya!!


Pernah sekali dulu mummy beli botol Nuby gemuk color pink macam kat bawah ni untuk Zarra. Sebabnya, mummy dia jatuh cinta dengan reka bentuk botol itu. Botol itu adalah botol termahal yang dibeli setakat ini. Balik, dengan gembiranya bancuh susu & bagi Zarra. Tau apa reaksi dia? Dia campaknya botol tu! Pastu dia amek balik, dia tengok je puting botol tu yang lebar dan agak susah nak dimasukkan kesemuanya ke dalam mulut beliau. Jadinya, mummy simpan je botol tu untuk perhiasan.

Kesimpulannya, selepas ini mummy ada alasan ke pusat membeli-belah untuk membeli botol BPA free untuk Zarra! Yieha!!!! Tapi mummy takkan membazir, agak2 jela..Abah Zarra ada cakap, botol apa pun Zarra sihat gemuk jugak! :)

Terfikir ibu bapa yang membesarkan kita dulu, ada kesah ke pasal botol BPA free ke apa ke? Besar jugak kita ni kan? Sihat walafiat je.. Siapa nak jawab tu?

Monday 14 March 2011

'Zarra' episod 1

Hasil tulisanku kini di blog ini: 



Blog ini adalah hasil tulisan kakitangan Jabatan Penerangan (terutama Bahagianku). Setiap kakitangan ada 1 topik yang kena dengan jiwa masing-masing. Setelah diassign, saya diarahkan menulis mengenai ANAK. Apa saja la mengenai anak dan parenting tips (tak la expert, cuma kena lebih buat kajian la). So nama segmenku adalah "ZARRA SI PERMAISURI". Siap ada dolly lagi tau! Dolly yang comel mcm Zarra..hahahaha...



Happy reading, nantikan juga Zarra episod 2 ye!

Sunday 13 March 2011

Oh Merong..

Semua orang bercakap tentang dia ketika ini!

So untuk tidak dipanggil ketinggalan, I'm going to talk about 'him' jugakla..hehehehe...

Terpanggil untuk menonton filem epik Malaysia "Hikayat Merong Mahawangsa" selepas berkurun lamanya tak menonton wayang! Sungguh!! Sejak2 ada Zarra, kurang berkesempatan menonton wayang. Sebelum ada dia, tu aktiviti wajib saya & sang suami setibanya hujung minggu. Sekarang ni, kalau nk tgk wayang, soalan pertama : 'Siapa nak jaga Zarra, angkat tangan!'

Semalam, berjaya meninggalkan Zarra bersama Tok Ayahnya, & saya menculik nendanya untuk menemani saya 'berjumpa' Merong disebabkan abah Zarra bekerja. Ha faham tak? Apa la punya complicated ayat ni! hahahah....

Ok, ni antara watak yang meninggalkan kesan pada saya..

Merong..oh dia sangat macho & gagah maskulin ye! Hero sangat tapi kenapa hero mesti mati??uuuwwaa..(eh emo lak!)


Kemawas..woi, apa jahat sangat kau ni ha? menjadi sungguh Khir Rahman membawa watak ini sampai membuatkan kita benci dia sangat2..memang sesuai kau mati! dush dush!!




Embok..Melayu sangat muka dia ni..muka Melayu suci, baik & kuat hatinya..terasa bangga menjadi wanita Melayu lepas tengok Embok! hahahaha...


Reaksi selepas menonton filem ini?

Kagum! Tak sangka ada filem Malaysia sehebat ini!! Good job KRU Studio.. Tak rasa rugi pun mengeluarkan RM13 walaupun merungut jugaklah pada awalnya sebab macam mahal..(kedekut!!) hahaha...

Thursday 10 March 2011

Gaucher Disease Type 2..

Why am I writing about that disease?

Sebabnya terlalu sedih membaca kisah baby Alanna Qish yang meninggal dunia pada usia 9 bulan akibat penyakit berkenaan. As I said in my previous post, I want to search & understand about the disease. Hati dan perasaan seorang ibu, sangat prihatin dan sedih dengan dugaan yang diberikan kepada ibu bapa Alanna Qish.

Jadi, untuk kepuasan diri sendiri, saya cuba memahami apakah itu Gaucher Disease Type 2!

Sedikit tweet daripada adikku yang kini di tahun akhir medical course di University of New Castle, UK berbunyi begini:

@ Fuhh. Gaucher's is an extremely rare genetic condition angah. Problem at molecular level.

@ basically, baby tu xde sejenis enzyme utk pecahkan lemak dlm badan, so boleh terkumpul dalam badan.

@ type 2 rasenye yg affect baby from 6 months n biasanya akan survive max 2 years. Tp it's absolutely rare.


Antara Simptom Gaucher Disease

- Pesakit yang mengalami penyakit Gaucher type II dan III mempunyai komplikasi saraf dan otak.
- Komplikasi saraf dan otak akan berlaku pada usia sebelum usia 2 tahun bagi pesakit Gaucher disease type II
- Komplikasi saraf dan otak adalah seperti gangguan pemakanan, gangguan untuk menelan, masalah penglihatan, masalah pendengaran, lewat perkembangan dan neuro-regression (bermaksud kemerosotan fungsi otak).


Menurut 1 web, newborn baby yang menghidap Type 2 akan meninggal dunia antara 18-24 bulan. Jangka hayat maksima hanya 2 tahun. Hanya 6000 bayi di dunia yang menghidap penyakit ini dan di Malaysia nisbah 1:1,000,000.

Baby Alanna amat istimewa, kerana dipilih penciptaNya. Subhanallah.. Andai ujian itu diberikan padaku, tabahkah ku??

Wednesday 9 March 2011

Andai Aku Ditempatmu...

Sedih..

Saya mendapat tahu blog ini dari akak, katanya blog ini tulisan pasangan suami isteri yang masih muda, yang terlalu sedih akibat kehilangan anak kedua mereka -- Alanna Qish pada usianya hampir setahun. Alanna meninggal dunia selepas menderita penyakit Gaucher Disease Type 2. Penyakit apa tu? Ku juga agak tidak pasti, masih mengoogle di sana sini mencari kepastian!

Inilah pertama kali dalam hidup, saya menangis hanya dengan membaca blog! Sungguh!! Menangis yang punya seribu perasaan, bukan hanya sedih, tapi juga rasa sayu, rasa lemah & rasa "kecil" di dunia ini. Tidak dapat dibayangkan sekiranya kejadian itu menimpaku...Tidak juga yakin, adakah saya akan kuat andainya ujian itu diberikan padaku..

Ya Allah Ya Tuhanku, pastinya Alanna adalah insan yang sangat istimewa di sisiMu, kerana Engkau meminjamkannya hanya sementara kepada kedua ibu bapanya. Saat ini saya berdoa, moga Zarraku, serta anak-anak di dunia ini akan terus sihat dan dilindungiMu Ya Allah.

Pada kedua ibu bapa Alanna Qish, takziah diucapkan (walaupun sudah terlambat). Kalian adalah ibu bapa yang tabah!

Doa Zaf, Zarra dan semua umat Islam untuk Alanna Qish..Al-Fatihah..

Teringin untuk ingin lebih tahu mengenai penyakit Gaucher Disease Type 2 ini. Post akan datang saya akan maklumkan hasil kajian saya..(mungkin bantuan adik yang bakal menjadi doktor diperlukan ketika ini)! I need an explanation, kenapa penyakit ini mampu meragut nyawa anak kecil yang belum puas melihat dunia!

Tuesday 8 March 2011

Lelah...

Badan agak penat, minda agak letih, tak sabar nak menenangkan fikiran minggu depan..Mau tinggalkan seketika kota yang sangat sarat, padat dan serabut ini. Kuching, aku datang.....:)


Agenda wajib --- nak makan puas-puas Laksa Sarawak! Tapi sang suami kurang suka, will find a great food for him there. Any suggestion?

Adoi..meleleh dah air liur ni..

Walaupun cuma 3 hari 2 malam, dan tujuan utamanya untuk ke majlis perkahwinan sahabat baikku, akan ku cari masa untuk berjalan2, bermakan2 dan bermanja2 bersama sang suami di sana..Hehehehe...Zarra, be good with Nenda k.Nenda nak bawak Zarra gi Alor Setar kan! Have a great bonding time with your Nenda & Tok Ayah ye..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...